Saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.
"Bolehlah Papa?.. sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."
"Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu.
Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum.
"Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.
"Mama dah bacakan, okeylah tu!"
Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.
"Papa? mama.. Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu.
Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.
.............................................................................
S E D I H kan...=(
Ambillah sebagai pengajaran
Saturday, April 24, 2010
"Bacakan kuat-kuat ya"
Air pancut yg menakjubkan
Hafita, Russia
Saksikanlah kekuasan Ilahi, Yang Maha Berkuasa…
Air pancut ini akan berlaku selang 5 minit dengan ketinggian pancutannya sehingga 30 meter
Jenis darah dan personaliti
A,B,AB,O - me, B ~ (^_^)V
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
*wallahu'alam...sekadar perkongsiaan
Thursday, April 22, 2010
Kemaafan
Dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau berkata "... Allah tidak akan menambah kepada orang yang pemaaf kecuali kemuliaan. Tidaklah orang yang merendahkan diri kepada Allah melainkan Allah akan meninggikan darajatnya"....
- HR Muslim
Monday, April 19, 2010
Ujian merupakan kebaikan
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam,keluarga & para sahabatnya
Jam sentiasa akan berdetik setiap masa,jarum masa x akan jemu untuk berpusing...akhirnya kembali bertemu dengan peperiksaan!!!
Ya,sudah semestinya hati akan mula cemas..dup..dap..dup...dap..ya Allah takutnya!!!
Adakah diri ini sudah bersedia???..pesan mama & papa "kena selalu bersedia so xakan rasa takut bila nak exam"...masalahnya kan,hihihi..sy suka mencari alasan,insyaAllah pesan mama & papa nini akan ingat...ingat je???..ok,ok nini cuba buat =P
Bila di renungkan...sebenarnya hidup kita ini adalah sebuah ujian,mesti pernah dengarkan?...contohnya : Islam adalah ad-deen iaitu cara hidup sebagai hambaNYA so bila kita menunaikan/melanggar kewajipan sebagai seorang muslim akan dicatat oleh malaikat yg setia disamping kita x akan jemu mencatat markah buat kita,samada markah akan di tambah atau ditolak...akhirnya akan disemak dihari pembalasan kelak
Bila mengalami kegagalan
- Mula2 mesti sedih,sedih & sedih tapi adakah mahu sedih selamanya?..mesti masih ada peluang untuk memperbaiki kegagalan tu...hanya perlu = tidak akan berputus asa,perlu bangkit semula
- Pencipta ujian/pemeriksa ujian peperiksaan di dunia ini adalah merupakan seorang guru,mereka x akan rugi jika anak muridnya gagal..betulkan?..begitu juga dengan Yang Maha Pencipta Sekalian Alam,bahkan DIA mencipta ujian bukan untuk membinasakan hambaNYA tapi sebagai kebaikan buat hambaNYA
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
" hai org-org beriman, bertaqwalah kamu kpd Allah dan katakanlah perkataan yg benar, niscaya Allah perbaiki bagimu amalan-amalanmu & mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa yg mentaati Allah & rasulNYA, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar " Al-Ahzab : 70-71
Apabila peluang untuk menduduki kembali ujian sudah di tutup
" pada hari ketika muka mereka dibolak balikkan dalam neraka, mereka berkata, "alangkah baiknya andai kata kami taat kpd Allah & juga taat kpd rasul " Al-Ahzab : 66
Sebaris ayat sebagai peringatan untuk hatiku dan yg membacanya
" keseronokkan di dunia hanyalah sekejap nikmatnya,balasan di akhirat adalah selama-lamanya "
Sunday, April 18, 2010
17 April 2010

Alhamdulillah,bersyukur atas takdir yg di aturkan olehNYA 17hb April 2010 = Dlm kenangan indahku
1) Pertemuan pertama dengan si dia
Terima kasih kpd dirinya yg sanggup berkorban utk dtg ke Malaysia
Terima kasih kpd mama,papa krn mengizinkan
Terima kasih kpd abg & kakak krn sporting utk menemaniku
2) Ceramah agama yg disampaikan oleh Ustzh Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi
Semoga diriku dpt menjadi seperti mereka
Thursday, April 15, 2010
Neer's Sign
http://www.aafp.org/afp/20000515/3079.html
Neer's Test
Neer's impingement sign is elicited when the patient's rotator cuff tendons are pinched under the coracoacromial arch. The test4 is performed by placing the arm in forced flexion with the arm fully pronated (Figure 5). The scapula should be stabilized during the maneuver to prevent scapulothoracic motion. Pain with this maneuver is a sign of subacromial impingement.
Saturday, April 10, 2010
Friday, April 09, 2010
HKL - Dermatology Day Care

"Hello,selamat pagi/petang..ini dermatology,bley sy bantu?"
Sedikit ulasan & catatan sepanjang sy berpraktikal di Dermatology Department
Musculoskeletal - Electrotherapy - Phototherapy
Conditions treated by Physiotherapist by ultraviolet radiation(UVR) :
1. Psoriasis
2. Vitiligo
3. Alopecia
4. Myocosis fungoides
5. Pityriasis rosea
6. Polymorphic light eruption
7. Acne vulgaris
Examination of patients with skin conditions....bla..bla..until record keeping (to be cont)
SUNLIGHT IS MADE OF :
2% - UVA ( 320 – 400 nm ) & UVB ( 290 - 320 nm )
32% - VISIBLE LIGHT( 400 – 760 nm )
66% - INFRA RED RAYS( HEAT )
0% - UVC ( 200 – 290 nm ) – IS FILTERED OFF BY THE OZONE LAYER
U L T R A V I O L E T R A Y S
These UVR are electromagnetic rays with a wavelength between 100-400nm. Conventionally they are divided into 3 bands:
1) Long : UVA : 320-400nm
2) Medium : UVB : 290-320nm
3) Short : UVC : 180-290nm
[ A B C = 400 320 290 180 ]
Simple notes...to be cont
~ skg da jarang guna UVC krn penetration dia hanya superficial shj
~ NB UVB better than BB UVB coz side effect kurang sikit & selalunya pt akan c/o itchiness & erythema....(NB UVB kt HKL rosak)
~ Oral PUVA : 2hrs before treatment
~ Topical PUVA : 15min after sapu meladinine
~ Utk psoriasis before nk enter kabin sapu liquid paraffin utk melembutkan kulit,elak kulit jd kering atau menyakitkan & memudahkn UV diserap
~ Photosensitizing drug : the drug makes the skin sensitive to UVA light
~ Medication : BVC, 8-MOP , 5-MOP , TMP.....
~ Utk patient psoriasis yg nk buat treatment UVB jgn sapu apa2 krim pada kulit
~ Dosage : 4-7dys,2wks,3wks,4wks,>4wks = hold,25,50,75,start over again
~ Risk of malignant melanoma : 1500J - 2000J
~ Photo patch test : ....
Thursday, April 08, 2010
Lukisan hati

Rindu untuk menconteng & melakar lukisan hati ke dlm blog kesayanganku ini
Masa berlalu dgn pantas sangat,rasa seolah-olah nk pause aje masa tu...bley ke??
Dan terus terang mmg nini xreti nk manage masa...haiya manyak susah~~~hrmm
Suka melakukan lawatan sambil belajar dgn cik.internet merayau2..xbaguskan
Padahal byk kerja lain yg penting nk kena buat..ataupn nini menemani katil,Zzz~
Practical mmg memenatkan tp conoookk!!!
Nini nk berubah,tp kena slow2 kn..kn..kn..heee =P
Wednesday, April 07, 2010
Cayang meow

Ya Allah...
Meow ini adlh makhluk ciptaanMU,kurniaan yg amat berharga buatku
Menceriakan & memeriahkan kehidupan kami sekeluarga
Saya menyayanginya sepenuh hati saya...jika dia luka,saya turut terluka
Tolong berikan kesejahteraan kpd hidupnya & kesembuhan kpdnya agar saya masih berpeluang utk memberikannya kebahagiaan secukupnya...Amiin Ya Rabbal 'Alamin
Sunday, April 04, 2010
Wayang oh wayang

Bukanlah hendak menjatuhkan hukum,sekadar perkongsian.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi DENGAN SYARAT ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Namun menjadi persoalannya,adakah syarat-syarat itu dipenuhi?Jika ia tidak dipenuhi maka berubahlah hukumnya.
Malah kita lebih mengetahui bahawa keadaan di wayang penuh dengan maksiat malah jalan ceritanya juga lebih kepada penzinaan mata(Tiada 1 jalan cerita di wayang pun yang tiada melibatkan zina mata).Hasil kewangan wayang juga di khuatiri hala/haramnya kerana ia melibatkan pihak Yahudi & Nasrani.
.....................................................................................
Soalan:
Apakah hukum menonton di panggung wayang yang ditaja oleh syarikat arak?
Jawapan:
Menonton di panggung wayang hanya sekadar menghabiskan dan membuangkan masa. Mensia-siakan waktu hukumnya berdosa, tidak kiralah cerita di panggung tersebut ditaja ataupun tidak ditaja oleh pihak tertentu. Apatah lagi jika ditaja oleh minuman keras, sudah jelas berdosa kerana bersubahat dan mengganggu hati serta merosak jiwa dan akhlak. Bahkan, secara umumnya kita mengetahui bahawa cerita-cerita yang ada di panggung wayang ketika ini kebanyakannya berunsur lucah dan ganas serta melalaikan dan membuang waktu.
Sesungguhnya setiap muslim itu diperintahkan supaya benar-benar menjadi pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman seperti difirmankan oleh Allah SWT. dalam ayatNya yang bermaksud, "Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat, mereka akan melewati mereka (berlalu sahaja) dengan menjaga kehormatan diri." (Al-Furqaan, ayat 72)
Dinyatakan dalam ayat yang di atas bahawa percakapan yang sia-sia, komedi lucu yang mengarut, hiburan yang tiada bermanfaat dan semua bentuk dosa adalah ditentangi. Begitu juga ayat ini mengutuk segala perbuatan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang mana panggung wayang dikatakan memainkan peranan yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan yang melalaikan, Allah SWT. telah berfirman yang maksudnya, "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebik baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-An'am, ayat 32)

"Eh, ape salahnya pergi tengok wayang? Bukan nk tengok orang pun... Kita nk tgk cerite.."
"ape la kau nie, stakat menonton wayang je..bukan pi wat maksiat pun..zaman2 mcm nie pun ade org kolot lagi..wei, kau tgk zaman la!! ..."
"kteorang menjaga hak cipta orang, jd tak beli CD cetak rompak untuk tgk.. pgi jelah wayang.."
Begitulah kata mereka2 yg 'tak kolot' dan mengikut peredaran zaman.. Secara umumnya hanya berkisar kpd hujah "bukan buat ape pun".. cuma alasan yg terakhir tuh sedikit maju dan moden.. Namun hakikatnya alasan tetap alasan..
Bercakap tentang hukum, bukanlah suatu yg mudah dan boleh dikupas2 oleh manusia sepertiku ini. Yang tahu hanya mengupas kulit epal yg disembur racun untuk menjaga kesihatan.. Namun, memutuskan suatu hukum amatlah jauh sekali kelayakan. Tetapi, ana tetap akan menyimpul2 drpd pengalaman dan pembacaan serta ilham yg mencurah.. Namun, apabila pertama sekali orang bertanya tntg wayang,ana kana bertanya pergi dgn siapa.. Jika dgn kawan2 maka jawapan biasanya, "tak boleh".. Tetapi, seperti biasa...orang pasti nakkan yang peling ringan.. Biasalah, ummat zaman sekarang.. Pasti nak yg paling ringan dan mudah.. Supaya nafsu mereka dpt dipuaskan.. Maka..
Oleh itu, ana pun berbincang2 bersama2 member2 dan ustaz2 kenalan internet untuk menggariskan bentuk apakah wayang itu dibolehkan.. Dan yg paling ringan ana dapat ialah dengan mengamalkan 4 langkah ini... barulah jawapan bertukar kpd "boleh KOT".. Kenape KOT..? nak tahu bace sehingga bawah.. ape2pun kita lihat dulu langkah2nya..
1. Siasat dahulu cerita apa yang bakal kamu saksikan. Bacalah sinopsis, review dan social ratingnya dahulu. Social rating seperti U, 18 SG, 18 SX dan lain-lain sgt berguna untuk menentukan kandungan cerita yang bakal ditonton. Tapi hati-hati, social rating di Malaysia dan oversea lain, 18 SX kita mungkin hanya U bagi diorang!. Tapi secara umumnya di Malaysia, rating U itu sesuai untuk semua orang kerana FINAS masih bolehlah lagi dikatakan peka dengan nilai dan adab ketimuran kita.
2. Bawalah sekurang-kurangnya 3 rakan yang anda kenal dan hormat akan iman, ibadah dan akhlaknya dengan baik.Senang ceritanya 'thiqah'.. Ustaz saya hanya menyebut satu perkataan apabila bercakap tentang hal ini, iaitu MALU. MALU ini jugalah yang akan menundukkan pandangan kamu dan mencegah maksiat sekiranya kamu terlupa pada Allah. Semoga kamu semua memahaminya
3. Timing wayang sesuai dengan waktu solat. Kalau clash juga, utamakan solat dahulu.
4. Enjoy
Dan sekali lagi ana ingin ingatkan, itu hanyalah untuk mereka2 yg memang mahukan kesenangan di dunia yg fana ini beserta kemudahan meskipun hadis nabi:
"dunia ini penjara bagi orang mu'min"
Jadi, berpandukan hadis ini, keluarlah beberapa kontra yang ana rase boleh memansuhkan lebih kurang 75% drpd langkah2 di atas..
Ade orang cakap "kalau masuk wayang amalan tidak diterima selama 40 hari"
Ade juga yg mengatakan "masuk wayang sebelah kaki kita dalam neraka"
Kata2 yg kedua ana tidak lagi menjumpai dalil2 yg sah merujuk perkara itu memandang wayang itu sendiri perkara yg baru.. tiada pd zaman nabi.. Tetapi, anda perlu berhati2 kepada kata2 yg pertama kerana......
anda semua yg pergi wayang...anda bayar tiket wayang tu..
kemudian anda semua masuk ..dan kalau anda semua perasan..
anda semua akan di hidangkan dgn iklan2 arak dan tubuh2 manusia yg terbuka..
so senang kata..anda semua bayar utk org yg buat iklan tu...
Ingat!!
Sapa2 yg membantu dlm menyebarkan arak..tak kira la yg membuat,yg menghantar,yg menjual, yg mengangkat, yg membungkus...akan dapat dosa drpd Allah SWT kerana menyebarkan arak...
dan anda semua yg tgk wayang...anda BAYAR syarikat arak utk terus mengiklankan arak...
jadi mengikut kuliyyah2 yg ana ikuti di mana2 ada hadis yg mengatakan siapa yg minum arak maka amalannya 40 hari tidak diterima..
Mungkin tidak terlalu tepat mereka yg mengatakan "pegi wayang amalan x terima 40 hari", tetapi hanya ingin membela yg org ini bukan bercakap hanya mengikut nafsu semata2.. dan mereka ada dalil.. Mungkin tak berapa tepat, tetapi cukup untuk menguatkan hujjah tengok wayang "tak boleh"
Itu belum lagi kira aurat bukan mahram, masyarakat sekeliling.. Fitnah timbul atas sebab gelap.. Suara perempuan jerit, watver yg boleh menjatuhkan hukum haram.. Yang mana alasan ini kebanyakkan orang tak boleh terima atas sebab zaman sekarang dah tak boleh elak untuk tengok aurat bukan mahram.. Tetapi buat masa ini tiada siapa yg boleh membantah akan bicara arak tadi..
Jadi, sudah tiba masa untuk menyimpulkan.. Jika anda mahu menjadi seorang Muslim sejati yg bernilai 100% bukan seperti muslim2 yg biase, anda sepatutnya lebih banyak berhati2 daripada menunggu orang mengatakan sesuatyu benda itu haram.. Sekarang, apabila orang cakap benda itu haram barulah mahu terima.. Jika hanya 'tidak boleh' terus sahaja disanggah mana ulama' atau Majlis Fatwa yg cakap tak boleh.. Lain sekali pada zaman Rasulullah s.a.w dan juga kata2 seorang sahabat yg hidup selepas kematian Rasulullah s.a.w dgn mengatakan "hari ini, orang melihat suatu dosa seperti seekor nyamuk hinggap di atas kepalanya, yang mana dosa itulah pada zaman para aku dulu dianggap seperti bukit yg mahu menghempap kepala".. Itu baru beberapa tahun selepas Rasulullah wafat..? Hari ini? Na'uzubillah..
Anda Mu'min? Jauhi wayang....wallahu'alam
*Antara sumber :
1. Fatwa al-Qaradhawi – http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17
2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786
3. http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-menonton-wayang/
4. http://alfateh.via.my/2008/12/wayang-ohwayang.html