Friday, May 28, 2010

Kanak-kanak riang

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam,keluarga & para sahabatnya ( marilah selawat bersama-sama )

- Di saat hari bahagia abglong & kaklong -

Topik kegemaran saya sudah semestinya adalah cerita-cerita tentang org yg saya sayangi...kali ini tentang kepulangan abglong sekeluarga bercuti di rumah

Bahagian pertama

- Keriuhan di rumah -

Rumahku ini kebiasaannya sunyi kerana anak-anak mama & papa semuanya sudah dewasa, apabila hujung minggu kami cuma akan makan bersama-sama & berbual-bual perkara biasa saja & solat berjemaah bersama dan tiada lagi kedengaran keriuhan suara kanak-kanak bermain. Tapi minggu ini abglong & kaklong balik rumah!!!...yeah, dapat bermain dgn amir & amira...penat jgk melayan kerenah budak2 ni sebenarnya tapi mengembirakan hati kami sekeluarga kerana lama sudah xbertemu...yelah asyik kerja saja & faktor jarak yg jauh yg memisahkan..kuala terenggganu - bentong

Fuhh..memang jenuh sebenarnya melayan mereka berdua ni

- Nak ambil gambar ni punyalah susah -

1. Ahmad Amirul Naim
Budak lelaki yg berumur 4tahun,susah utk makan,xsuka mandi,suka bermain dgn tok pa,suka bertanya...soalan & perkataan kegemaran beliau ialah " cape wat? " " cik din " ( maksudnya accident ) " lori "....& byk lg,suka akan mainan kereta,lori.

2. Amira Zahra
Budak perempuan yg berumur 1tahun lebih,sangat pandai & suka memanjat sehingga ke puncak yg tertinggi..he2,yelah semua nk panjat!!..kerusi,meja,almari,tidak banyak mengeluarkan suara,selalu dibuli oleh abgnya,makan apa saja yg diberi.

Ok, cerita bahagian ke-2

- Sepetang berpenat di zoO & Mid valley -

Abglong mengajak saya dan kakak utk menemani mereka sekeluarga melawat zoo & shopping di mid kerana dapat menolong menjaga amir & amira bersama. Idea untuk melawat zoo tercetus disebabkan oleh Amir yg selalu menonton kartun binatang di tv, katanya nak tengok gajah.Tapi bila berhadapan dgn gajah yg sebenar.." mir takut ",habis baju cik nor di tariknya & xnk jalan sendiri,semuanya nk berdukung...

- Xbyk gambar di ambil di zoo krn busy mendukung & budak2 ni xreti nk duk diam -

Saya,kakak lah yg mendukung beliau mengeliling zoo yg besOr tu!..balik rumah mmg lenguh kaki ni.

- Lepas pergi zoo nk pergi mid pula, amir sempat tidur atas ribaku..tgh mengecas tenaga la tu -

- makan-makan -

Banyak sebenarnya nk cerita tapi xbyk masa utk mengarang bercampur malas =P

- Tunggu papa mereka shopping -

Bila sampai di mid,huhu...amir & amira di jaga sekejap oleh ibu bapa mereka. Saya & kakak pergi shopping sekejap ^_^ shopping xbyk,beli satu barang pun jadilah..kami sampai di rumah dalam pukul9 malam kot..xingat nk tgk jam sbb penat sgt! tapi seronok (^_^)V

Monday, May 24, 2010

Nodus Limfa

Kebanyakkan manusia tidak menyedari kepentingan nodus limfa dlm tubuh badan mereka. Sy juga begitu tapi bagi pesakit2 yg kehilangan salah satu nodus limfa mereka, mereka memahami kepentingan tersebut. Sy jg perlu tahu kepentingannya kerana sy perlu memberi penjelasan kpd pesakit tntg penjagaan diri slps pembedahan...huhhu,skema btul ayat2ku ini..=P Antara kes2 yg melibatkan pembuangan nodus limfa ialah kanser payudara, kanser servik("hysterectomy, (ophorectomy Mastektomi....post ni xsiap lg sebenarnya..hohoho..aigOo

Nodus limfa adalah salah satu komponen dari sistem limfatik yang dapat ditemukan pada tubuh manusia. Nodus limfa adalah filter untuk partikel asing dan berisi sel darah putih. Nodus limfa berfungsi sebagai filter, dengan jaringan konektif retikular dan limfosit yang mengumpulkan dan menghancurkan bakteri dan virus. Ketika tubuh melawan infeksi, limfosit bertambah dengan deras.

Sunday, May 23, 2010

Hari Lahir Teman Istimewaku

Ya Allah, Ya Tuhanku

Panjangkan usianya untukku
Peliharakan dirinya untukku
Sihatkan badan,akhlak & agamanya

- AMIN -

Buat insan yang teristimewa dihati ini :

Selamat hari lahir & semoga dalam keredhaan Allah sentiasa. Maaf xreti nk tulis ayat2 power atau karang ayat panjang2...=P & maaf sekali lg kerana hanya ini yg diri ini mampu berikan dihari jadimu...terimalah ucapan ikhlas dari hati ini ^_^ insyaAllah boleh sambut sama-sama,huhuhu...jgn tertipu, dlm mimpi ajelah...nk betul2? Tungguuuuuuuu....

- SeLaMAt HarI LaHir -

Saturday, May 22, 2010

Titisan Air Hujan

Selawat & salam ke atas Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam,keluarga & para sahabatnya

Hujan...jika ada yg bertanya pada saya tentang hujan, sudah semestinya saya akan menjawab "saya suka hujan". Hujan itu bagi saya menyejukkan hati, membawa diri untuk munasabah diri yg serba kerdil & hina ini & terasa mcm nk mandi air hujan,seronok..membuat diri terkenang kenangan mandi air hujan masa zaman kanak-kanak...dan bila hujan, tidur pun jadi lebih nyenyak lagi!..he3 =P

Bila langit mula mendung, kadang-kadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita berkata " Cuaca buruk aje akhir-akhir ni ye "

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kit yang mengeluh bila hari hujan?..

" Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan aje "
" Alahai, hujan laaagiii...!! "
" Tiap-tiap hari hujan..susah la mcm ni "
" Payahnya nak buat apa-apa kalau hujan "
" Tak boleh balik lagi..hujan "

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

" Allahumma syaiyiban nafi'a "
( Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami )

Hakikatnya, hujan itu rahmat...

" Dan DIA lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengenbirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) " Al-A'araf : 57

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaat :
1. Membersihkan udara
2. Menyuburkan tanaman
3. Membekal air ke empangan

" Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni...? "

Macam biasa dengarkan ayat tu?..seolah-olah sinonim sungguh dgn suasana muram atau tak best..Kesian hujan,,

Sedarkah kita? Bila hujan turun,rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pernah berpesan bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap2 hari hujan. Tiap2 hari ada masa untuk doa menjadi mustajab..kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka??

" Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah " Al-Qamar : 11

Maka, ber DOA lah : semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan semoga hari esok akan lebih baik.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

" Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan SUKATAN yg tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya " Al-Mukmin : 18

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada SUKATAN...kemudian air itu disimpan dibumi,selama mana?..itu semua rahsia Allah

" Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit kemudian Kami berikan kamu meminumnya dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya)" Al-Hijr : 22

*Semoga ada iktibar untuk peringatan untuk kita...

" Dan Allah jualan yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNYAlah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan DIA serta berserahlah kepadaNYA. Dan (ingatlah), Tuhanmu itu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan..." Hud : 123

Cinta Langit & Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Friday, May 21, 2010

Sebutlah Alhamdulillah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" Surah Ibrahim (14): 7

* Segala yg kita miliki adalah milikNYA termasuk diri kita sendiri adalah milikNYA...kita xpunya apa-apa melainkan dgn kurniaanNYA. Oleh itu, jadilah hambaNYA yg bersyukur!

Mendapat Hidayah Tatkala Mendengar Azan

Ya Tayba

Masalah Umat Islam Pada Hari Ini

Thursday, May 20, 2010

Hijjaz- antara mata & hati

bila melihat alam
yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah

bila mendapat musibah
lupa dirinya hamba
nikmat yang datang
tiada rasa dariNya

sepatutnya rasa malu kepadaNYA
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
buta hati lebih merbahaya
buta mata tidak nampak dunia
buta hati tidak nampak kebenaran
buta hati ditipu nafsu dan syaitan

bahkan dilupakan saja semua orang
rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka
tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga
tidak terasa akan niktmatNya
itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta

Sunday, May 16, 2010

Ingatlah Allah

Saturday, May 15, 2010

Ibu & Ayah

Khas buatmu IBU

* To all mom in the world

Menghargai & dihargai

Baru sambut hari ibu & hari lahir ibuku tercinta : SITI KHALIJAH
Bukan sbb krn meniru budaya barat dgn menyambut hari ibu tapi niat hanya mau menyenangkan hati ibu yg kami sayangi...kami meraikan hari ibu di restaurant ummi,kami berlima..wlpn x celebrate apa2 pun mmg kami selalu jg keluar makan bersama kalau semua anak2 mama papa balik rumah...yelah saya dgn kakak kan stdy,tapi skg kakak da abis stdy..bestnya,jealous taw!!..hee,xpe2..

Kan dah melencong..sebenar nk cerita pasal menghargai & dihargai
Kenapa ada :
- Hari Ibu
- Hari Bapa
- Hari Kanak-kanak
- Hari Belia
- Hari Guru
- Hari Polis
- Hari Tentera
- Hari Jururawat
- Hari.....

Hari2 tersebut mmg kadang2 perlu sebagai peringatan untuk mengingati jasa mereka tapi sebenarnya sifap menghargai perlu dalam diri setiap masa..
Dan kita jika mahu dihargai mestilah cuba sedaya upaya memberi yg terbaik dlm setiap perkara, jujur & ikhlas.

*Siapalah kita tanpa kehadiran mereka

Thursday, May 13, 2010

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

Wednesday, May 12, 2010

Tiap hari sayang ♥

Nini ♥ iklan ni wlpn da lama, since 2006 sampai sekarang!..=P
Hehehe, romantikkan..

Dermatome

Dermatome is a Greek word which literally means "skin cutting". A dermatome is an area of the skin supplied by nerve fibers originating from a single dorsal nerve root. The dermatomes are named according to the spinal nerve which supplies them. The dermatomes form into bands around the trunk but in the limbs their organisation is more complex as a result of the dermatomes being "pulled out" as the limb buds form and develop into the limbs during embryological development.

In diagrams or maps, the boundaries of dermatomes are usually sharply defined. However, in life there is considerable overlap of innervation between adjacent dermatomes. Thus, if there is a loss of afferent nerve function by one spinal nerve sensation from the region of skin which it supplies is not usually completely lost as overlap from adjacent spinal nerves occurs: however, there will be a reduction in sensitivity.

Myotome

Each muscle in the body is supplied by a particular level or segment of the spinal cord and by its corresponding spinal nerve. The muscle, and its nerve make up a myotome. This is approximately the same for every person and are as follows:

C3,4 and 5 supply the diaphragm (the large muscle between the chest and the belly that we use to breath).

C5 also supplies the shoulder muscles and the muscle that we use to bend our elbow .

C6 is for bending the wrist back.

C7 is for straightening the elbow.

C8 bends the fingers.

T1 spreads the fingers.

T1 –T12 supplies the chest wall & abdominal muscles.

L2 bends the hip.

L3 straightens the knee.

L4 pulls the foot up.

L5 wiggles the toes.

S1 pulls the foot down.

S3,4 and 5 supply the bladder. bowel and sex organs and the anal and other pelvic muscles.

Quadriceps muscle

The Quadriceps are a group of four muscles that sit on the anterior or front aspect of the thigh.

Rectus Femoris:
Origin:
- straight head: anterior inferior iliac spine
- reflected head: groove on upper brim of acetabulum
Insertion: upper border of patella by the ligamentum patella into tibia tuberosity
Reversed origin-insertion action: flexes the pelvis on the femur and gives anterior stabilization to the pelvis
Nerve supply: femoral, L2, L3, L4
Synergists: psoas, sartorius, tensor fascia lata, vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius;
Arterial supply: ascending branch of LFCA
Ref: Contribution of rectus femoris and vasti to knee extension. An electromyographic study.

Vastus Intermedius:
Origin: proximal 2/3 of the anterolateral surface of the femur, lower 1/2 of the linea aspera, upper part of the lateral supracondylar line; lateral intermuscular septum
Insertion: by tendons of the rectus and vastus muscles into the superior border of the patella and by the ligamentum patella into the tibial tuberosity
Action: extends the leg at the knee
Nerve supply: femoral, L2, L3, L4
Synergists: rectus femoris, vastus medialis, vastus lateralis
Arterial supply: descending branch of LFCA

Vastus Lateralis:
Origin: upper part of intertrochanteric line, anterior and lower borders of greater trochanter, lateral lip of gluteal tuberosity, upper half of linea aspera, lateral intermuscular septum, and tendon of maximus
Insertion: lateral border of the patella by the ligamentum patella into the tibia tubercle;
Action: extends the leg at the knee and draws the patella laterally;
Nerve supply: femoral, L3 > L2, L4; (see innervation)
Synergists: rectus femoris, vastus intermedius, vastus medialis;
Arterial supply: descending and transverse brs. of LFCA;

Vastus Medialis:
Origin: lower 1/2 of the intertrochanteric lines, medial lip of linea aspera, upper part of medial supracondylar line, medial intermuscular septum tendons of adductor magnus and adductor longus
Insertion: Medial border of the patella by the ligamentum patella into the tibia tuberosity
Action: extends the leg at the knee and draws the patella medially;
Nerve Supply: femoral, L3 > L2, L4; (See innervation)
Synergists: rectus femoris, vastus lateralis, vastus intermedius

Gait Characteristics:
- at normal walking speeds the limb behaves as pendulum, w/ near full extension of the knee joint as it preparare for heel-strike
- during the first 5% of the gait cycle, the quadcrips generate peak intensity of 25%
- after the first 20% of the gait cycle, the quadriceps become silent
- exam:
- note that normally an examiner will not be able to "break" a quadriceps unless it is severely weakened
- 4/5 strength will have 40% of normal strength
- note that even w/ +3 stength, gait will be relatively normal

Quad Paralysis:
- when quadriceps muscle is paralyzed, walking on level surface may appear to be entirely normal
- at full extension, action of the quadriceps is not necessary for stability of knee joint; if the line of gravity is maintained anterior to the axis of motion of the knee joint, full extension persists through the stance phase;
- w/ quad paralysis, however, the patient will be unable to run and may have difficulty with stairs, because in these cases, full extension is not attained and the knee tends to buckle into flexion
- patients will often walk with the leg externally rotated inorder to help "lock" the knee at heel strike;
Associated conditions:
- in the case of a weak quadriceps and triceps, the occurance of an equinus contracture or a hinged AFO w/ dorsiflexion block will both prevent excessive knee flexion (buckling) and excessive ankle dorsiflexion during stance phase;
- hence, in this case the equinus contracture is beneficial
Management:
- when this muscle is quite weak, a long leg brace may be needed to support knee joint in full extension, inorder to prevent knee from buckling during gait
- consider adding a cushioned heel to the patient's shoe inorder to provide additional knee stability at heel-strikeheel strike

Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

Stay tuned!

C U T I ...Hmmm,bunyi mcm seronok aje kan. Alhamdulillah cuti akhir semester dah bermula tapi xboleh nk happy sgt sbb result final sem x keluar lg. Harap2 lulus tp lulus pun saya xboleh berpuas hati krn saya tahu prestasi saya semasa exm ni xbegitu memuaskan hati sbb byk kelemahan lg..so the conclusion is S T A Y T U N E D dgn buku2termasuk buku2 agama...study!!!

Kita hanya merancang tapi Allah yg menentukannya...Plan utk cuti ni sebenarnya paling penting saya mau cont lesen memandu bukan nk cepat2 bw kereta tapi xnk lesen L saya tamat tempoh..cuti pun bukan selalu,tapi nampaknya tunda sehingga cuti bulan12 pula krn mslh kewangan...ini semua ada hikmahnya.

Masalah kewangan...duit mmg cepat mengalir seperti sungai, itu mmg betulkan wlpn dah cuba utk berjimat..terus terang mmg bulan ni saya agak kemiskinan,hehehe...yg penting kita hidup bukan utk duit. Duit xdapat memberi kebahagiaan sbb kebahagiaan yg sebenar adalah apabila hidup dgn iman

The point is..cuti ini adalah untuk saya perbaiki diri, blog ini akan dipenuhi dgn ilmu2 insyaAllah krn saya nk simpan dlm blog so senang dibawa ke mana-mana terutamanya semester depan saya kena posting kat Hospital Kota Bharu,Kelantan..jauhkan, so saya xdapat nk bw buku yg byk bersama cuma yg penting2 saja. Semoga praktikal kali ini xbegitu membebankan & dipermudahkan. Mesti xdpt balik rumah ='( huhuhu..sedihnya.

* Selamat bercuti

Tuesday, May 11, 2010

Suci sekeping hati

Suci Sekeping Hati
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Suci Sekeping hati

Oh dunia..
Betapa fananya dirimu,
Apakah harus ku tinggalkan?

“Akak!” Terkedek-kedek kanak-kanak berumur 8 tahun yang masih memakai baju seragam sekolah itu berlari mendapatkan kakaknya yang berdiri tegak di tengah bendang.

Maisarah memalingkan badannya ke arah suara itu, senyuman yang paling manis diberi. Sesekali baju cotton berbunga kecil yang lusuh berserta tudung kusam miliknya terbuai-buai ditiup angin.

“Ya dik.” Tangannya segera didepangkan untuk menyambut kedatangan Hazim. Sekelip mata sahaja Hazim sudah berada dalam dakapannya. Tangan lembut itu mengelus-elus rambut kanak-kanak suci itu, kemudian satu ciuman sayang mendarat di dahi kecil Hazim.

“Akak..”

“Hm?”

“Kenapa tak balik lagi? lama Hazim tunggu kat rumah” Bicara anak kecil itu menusuk hati Maisarah. Semenjak kedua ibu bapanya maut dalam kemalangan ngeri setahun yang lalu, dia lah yang menggantikan tempat mereka dan alam persekolahannya terpaksa ditinggalkan. Malapetaka yang menimpa dirinya seawal usia 16 tahun itu terlalu ngeri untuk dikenang. Satu-satunya motor kapcai buruk milik bapanya hancur dirempuh lori, dan......

“Akak, Hazim cakap sorang-sorang ke?” Muncung mulut itu menandakan rajuknya sudah bermula. Maisarah tergelak kecil. Segera jemarinya yang runcing menarik muncung comel itu.

“Taklah, akak minta maaf ye.. Leka sangat tadi akak tengok suasana di bendang ni. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah kan dik?”

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut rambut Hazim, membuatkannya semakin selesa dalam dakapan Maisarah.

“Kak, Hazim laparlah...” Luah anak kecil itu, ada nada sedih di penghujung suaranya.

“Astarghfirullah, lupa pula akak... Jom kita balik. Nanti akak masakkan telur goreng ya?”

Anggukan Hazim jelas menunjukkan kemahuannya. Maisarah segera memimpin tangan adiknya untuk pulang ke rumah.

Dan.... kesedihan yang sebenar itu tidak wajar dirasai oleh kanak-kanak sekecil Hazim. Maisarah sedar akan hakikat itu.

***

Langit di luar kelihatan sedikit mendung, seolah-olah berat sungguh kandungan air dalam perut awan-awan yang berarak itu, entah bila air itu bakal dimuntahkan...

Tangan maisarah ligat melipat kain baju yang sudah diangkat.Hazim yang baru keluar dari bilik, siap dengan baju tidurnya menghampiri Maisarah.

“Akak”

Maisarah memandang.

“Hazim nak tanya sikit boleh?”

“Tanyalah.” Satu senyuman dilempar.

“Ustazah kat sekolah tadi cakap dunia ni hanya pinjaman je... Dunia bukan sesuatu yang patut kita kejar. Betul ke akak?”

“Betul”

“Jadi, betul lah kita tak perlu cari duit... Kita perlu hidup macam ni je kan akak?”
Maisarah tersentak. Hidup melarat di zaman ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Islam, dia sedar akan hakikat itu. Cuma... Bagaimana harus dia menerangkan kepada seorang anak sekecil Hazim?

Maisarah menarik nafas panjang.

“Pada Hazim?” Soalan berbalas soalan.

Hazim menjungkitkan bahu. “Entah. Tapi Hazim sedih, tadi kan akak....”

Ayatnya terhenti. Matanya yang semenjak tadi memandang tepat ke dalam anak mata Maisarah dialihkan. Sesekali, tangan mulusnya mengesat sedikit titisan-titisan jernih yang mulai turun dari kelopak matanya yang bengkak.

Maisarah yang sedar akan perubahan mendadak itu menarik sedikit tangan Hazim dan membawanya dekat dengan dirinya. Kepala Hazim segera rebah di pangkuan Maisarah, seolah-olah ingin membawa sekali semua masalahnya rebah bersama.

“Kenapa dik?” Tangan lembut Maisarah tidak henti-henti megusap kepala anak kecil itu, betapa sukar untuk dirinya memaksa hati untuk terus tabah. Namun, untuk adik yang dikasihi.. Dia harus terus bijak berlakon. Ya, berlakon untuk kesenangan insan tersayang.

‘Duhai hati... Bersabarlah..’

“Ada kawan-kawan Hazim yang bukan Islam ejek-ejek Hazim. Dia cakap orang Islam memang hidup melarat, miskin, susah.. Kawan-kawan Hazim yang Islam pun selalu ejek-ejek Hazim” Semakin deras mutiara jernih itu turun membasahi pipi lembut Hazim.

“Hazim... Allah tidak pernah menyuruh agar kita meninggalkan dunia sepenuhnya. Hakikatnya, ilmu yang kita cari, yang Hazim belajar kat sekolah.. Itu semua adalah ilmu Allah. Apa-apa pun perkara baik yang kita lakukan kerana Allah merupakan salah satu daripada cabang ibadah. Hazim faham tak sayang?”

Angguk.

“Jadi akhirat kita tak payah kisah?”

Maisarah senyum dan segera menggeleng. “Tidak sayang... Allah tidak suruh kita melupakan dunia tapi dalam masa yang sama kita ada satu matlamat yang jitu, iaitu akhirat. Jadi, sebab tulah apa-apa pun yang kita lakukan, harus niat kerana Allah.Andai kemiskinan mampu menjadi fitnah untuk Islam, maka kita harus berusaha untuk mengatasi kemiskinan itu”

“Oh.. Hazim ingat ibadat tu yang sembahyang, doa, zikir je.”

Maisarah menggeleng lagi. Satu senyuman diberi.

“Akak....” Suara itu memanggil lagi.

“Ya dik..”

“Kenapa nasib kita begini?”

Maisarah terpana. Segera bibirnya bergerak, menyanyikan bait-bait lagu Suci Sekeping Hati buat Hazim.

“Akan kuatkah kaki yang melangkah .. Bila disapa duri yang menanti ...Akan kaburkah mata yang meratap.. Pada debu yang pastikan hinggap”

Titis-titis air jernih yang semenjak tadi bertakung di kelopak matanya, gugur jua.. Diiringi hujan yang semakin lebat di luar...

***

‘Tok.. Tok..’

‘Pap’ Pen jenama Pierre Cardin di tangan jejaka itu jatuh merebah bumi.

Hazim terkejut dek ketukan di pintu. Jauh benar lamunannya, menjelajah ke seluruh pelusuk desa 20 tahun yang lalu. Terkenang susah dan senang bersama Maisarah-permata hatinya yang banyak memberinya semangat sehingga tertubuhnya syarikat yang menjual pelbagai produk barangan muslim miliknya sendiri!

‘Tok..Tok..’

“Allah, mengelamun lagi aku” Kepala digeleng-gelengkan. “Masuk”

Seorang wanita berjubah dan bertudung labuh masuk. Buku kecil di tanggannya diangkat. “Encik, pukul 10.30 encik ada meeting dengan ahli lembaga pengarah yang lain.”

Hazim memandang jam yang terletak di mejanya sekilas. 9.30.

“Terima kasih Adawiyah.”

Wanita mengandung itu tersenyum.Senyuman yang mampu menghilangkan segala duka. “Itu sahaja, ada apa-apa lagi encik?”

Hazim menggeleng. Adawiyah berpaling dan kakinya bergerak untuk melangkah pergi.

“Em.. Sayang..”

Hazim bangun dari kerusinya dan bergerak rapat ke arah Rabiatul Adawiyah yang berdiri tegak menghadapnya. Tangannya pantas mengusap-usap perut isterinya yang semakin membesar. Seorang isteri yang solehah, benar-benar menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Mencarinya pada zaman ini umpama mencari permata di sebalik ribuan kaca.

“Terima kasih ya Allah, atas kurniaan permata termahal ini” Hazim berbicara di dalam hati.

“Baby abi sihat tak ni?” Telinganya diletakkan di perut isteri tercinta. Pantas pula tangan kudus milik Adawiyah mengusap-usap kepala suami tersayang.

“Tanya baby je?” Muncung-muncung mulut Adawiyah berpura-pura merajuk.

“Mak baby dah depan mata ni, alhamdulillah sihat je ayah baby tengok.”

Adawiyah tergelak.

“Sayang..”

“Ye abang..”

“Abang ingat minggu ni nak balik kampunglah, jenguk akak.” Hazim memandang tepat ke dalam anak mata Adawiyah.

Adawiyah tersenyum, satu senyuman nakal mula terukir di wajahnya. “Baiklah encik, saya akan batalkan semua program encik hujung minggu ni. Nanti saya catatkan dalam diari ya.”

Hazim mencuit hidung isteri tercinta. “Nakal...”

***

“Sodaqallahul azim...” Maisarah menutup dan mencium Al-Quran miliknya, yang juga merupakan pemberian daripada arwah ayah. Pesanan arwah bapanya sentiasa terpahat di hati, tidak pernah walau sedetik dia melupakannya.

‘Hiasi hatimu dengan Al-Quran!’

Maisarah bangun dan meletakkan Al-Quran di salah sebuah rak usang di salah satu sudut rumah kecil miliknya. Apakah layak tempat tinggalnya digelar rumah atau lebih layak di panggil pondok?

Entah, Maisarah tidak pasti. Apa yang pasti,tempat tinggalnya yang berasaskan kayu, berbentuk empat segi dan hanya mempunyai satu bilik itu hanya menanti saat untuk rebah ke bumi.

“Akak” Lembut suara Hazim memanggil sambil tangan kanannya menarik sejadah usang berwarna hijau miliknya. Sesekali tangan kecilnya menggosok-gosok mata menandakan masa untuk tidur semakin hampir.

“Ya sayang.. Hazim dah solat?”

Angguk.

“Hazim doa apa tadi?”

Hazim bergerak perlahan ke arah Maisarah dan meletakkan kepalanya di atas ribaan permata hatinya itu.

“Hazim doa.. ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil dahulu. Ampunkan juga dosa kakakku, saudara-maraku, jiran-jiranku, rakan-rakanku dan dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat.”

Petah mulut kecil itu berbicara. Maisarah terpana. Tidak ramai manusia yang ingat untuk mendoakan sesama mereka, kebanyakannya hanya mendoakan diri sendiri. Terkadang, dia sendiri terlupa... Malunya dia pada kanak-kanak sekecil Hazim yang sudah mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Teramat malu.

“Akak?” Hazim mendongak sedikit.

“Ya”

“Hazim doa salah ya?” Timbul kegusaran di riak wajah comel itu.

Geleng. “Taklah sayang, pandai adik akak doa...”

“Habis, kenapa akak senyap je?”

“Akak tengah aminkan... Tapi kan Hazim, akak rasa Hazim kena tambah lagi satu doa”

“Apa dia kak?”

“Ya Allah... jadikanlah diriku meletakkan Engkau di tempat pertama dalam apa jua perkara yang aku ingin lakukan.”

Maisarah senyum. Hazim membalas.

“Akak...”

“Ya sayang..”

“Boleh tak nyanyi lagu?”

“Lagu apa?”

“Suci Sekeping Hati”

Maisarah mula menyanyi sementara Hazim terlena di pangkuannya..

***

Maisarah melontarkan pandangannya jauh-jauh ke luar tingkap, melihat bendang yang luas terbentang, langit yang berdiri tanpa tiang, juga burung-burung yang girang berterbangan. Sungguh banyak tanda kekuasaan Allah, jika manusia benar-benar merenungi..

Rumah kayu miliknya dahulu sudah pun berganti dengan rumah batu sederhana besar hasil titik peluh Hazim.

Hazim. Nama yang tidak pernah luput dalam hatinya. Rindu benar dia pada insan soleh itu.

Maisarah mendengus. “Maisarah.. sabarlah, kan Hazim dah bagitahu yang dia tak dapat balik minggu ni.. Sabarlah, dia bekerja kerana Allah”

Wanita solehah itu berkali-kali cuba menenangkan hati. Rindunya pada adik tercinta tidak dapat dibendung lagi.

“Sekeping hati dibawa berlari ..Jauh melalui jalanan sepi ..Jalan kebenaran indah terbentang ..Di depan matamu para pejuang”

Suara Hazim yang menyanyikan lagu suci sekeping hati bergema-gema di kotak fikirannya.

“Allah.. aku benar-benar merinduinya” Maisarah berbisik sendirian.

“Tapi jalan kebenaran ..Tak akan selamanya sunyi …Ada ujian yang datang melanda ..Ada perangkap menunggu mangsa”

Suara itu bergema lagi di kotak fikiran Maisarah. Kelopak matanya mula memberat menahan takungan air.

“Akan kuatkah kaki yang melangkah ..Bila disapa duri yang menanti …Akan kaburkah mata yang meratap…Pada debu yang pastikan hinggap”

Suara itu tidak dapat dihilangkan daripada terus menjengah.Maisarah menarik satu nafas yang panjang, “Allah, tabahkan hatiku.. redhakan ya Allah..”

“Mengharap senang dalam berjuang ..Bagai merindu rembulan di tengah siang …Jalannya tak seindah sentuhan mata …Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba”

Akhirnya, air mata wanita itu tumpah jua.. Setitik demi setitik gugur membasahi bumi.

“Ehem..ehem.. layan feeling nampak? Sampai adik tercinta datang pun tak perasan?”

Suara garau Hazim menjengah lagi dan kali ini Maisarah berpaling ke belakang.

Satu susuk tubuh lelaki soleh yang sering dirinduinya menerpa di birai mata. Di sebelahnya, Rabiatul Adawiyah manis berjubah ungu dan bertudung labuh warna ungu cair tersenyum senang.

“Kata tak balik minggu ni?” Akhirnya suara halus milik Maisarah keluar juga. Hazim tersenyum.

“Mana boleh kak, nanti ada orang merana kerinduan pula”

“Perasan” Maisarah menjuih.

“Betul ni kak? Hazim balik eh.. Balik ni..” Hazim berpura-pura merajuk.

“Adawiyah, tengok suami kamu ni, tak ubah-ubah.”

Adawiyah ketawa kecil “Tak apalah kak, mari saya teman akak.”

Hazim tersengih. Segera dia menerpa dan memeluk Maisarah. Maisarah menangis lagi...

“Itulah akak, Hazim ajak duduk sekali tak mahu..”

“Akak sayang rumah ni dik...”

“Tak sayang Hazim?”

“Tak apalah dik.. Akak tahu Allah sentiasa jaga Hazim, lagipun akak tak perlu risau.. Hazim kan selalu mengutamakan Allah dalam segala hal”

Maisarah tersenyum.

Rabiatul Adawiyah mengesat air matanya, terharu melihat senario yang berlaku di hadapan mata. Suci sungguh sekeping hati milik mereka.

“Akak, tengok tu.. ada orang pula yang feeling.” Serentak Maisarah dan Hazim memandang wajah bersih Rabiatul Adawiyah.

“Abang ni nakal laaaa...”

Ketawa bergema, menghiasi ruang yang menyimpan 1001 rahsia....

Ya Allah...
Letakkanlah dunia di tangan kami agar kami bisa menggunakannya,
Bukan di hati kami agar kami tidak terpedaya dengannya,
Dan sucikanlah hati kami, agar kami bisa merasa manisnya hidup bersamaMu...

*http://masturamohdyusuf.blogspot.com/

Sunday, May 09, 2010

Mama,wajahmu makin dilupai

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat.

Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut … mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.

Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya … maafkan saya ayah…”

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku itu. Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan ‘Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi. Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukan ku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”

Kemudia anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus…..”

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata… Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”. Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku…

“Mama yang amat dikasihi,
Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan ‘Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar. Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama? Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”

Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki…

Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri. Hubungi majikan anda. Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawaban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. Kesihatan adalah harta karun yang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang ‘si kecil’ yang lebih berharga.

Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, kalau boleh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.

Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.

Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga ‘si kecil’ yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.

Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda ada.

Wednesday, May 05, 2010

FB tinggal sejarah

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”

Tiada apa yg menarik yg nk ditulis hanya mengenai FB ku yg telah di delete/deactivated pada 6 May 2010 yg lalu..semasa musim exam krn xmau menyerabutkan otak dgn perangai diri sendiri yg suka melayan fb sampai terover dose...(-_-')sendiri mau paham la yerk...nk cakap terover,xlah over sangat tp tgh exm pn nk main fb tu yg xelok tu...knp suka main fb???..knp saya suka main fb??..knp yea??..kerana,hmm..err sbb ada kwn2 yg suka melayanku kt fb, post2 yg mengarut pn ada kwn2 yg comment~~~dapat release tension ckit setelah penat2 stdy...cuma tu lah xreti nk manage masa sendiri smpi terbuang masa kt fb..bila fikir & muhasabah diri,masa di dunia hanyalah singkat & setiap saat pasti akan dihitung di akhirat sana..jika saya meninggal dunia esok hari,adakah saya masih mahu membuang masa dgn fb?..tidak bukan,bukan kerana mau jadi seorang yg alim tp jika sayang akan diri baik buat apa yg selagi mampu...Ramai juga kwn2 ku,seramai 200 lbh tu pun ada ramai lg yg xjumpa terutama kwn2 SMKB..sekurang2nya saya dah melepaskan rindu dgn kwn2 wlpn sekejap

Hatiku ini adalah harta yg paling berharga sekali dalam diriku. Saya takkan benarkan ia rosak & lalai hanya sebab2 yg begini. Baik berhenti sebelum trlambat. Inilah faktor utama mengapa saya deleted akaun fb-ku. Bukan kerana negatifnya laman sosial tersebut, tetapi kerana kelemahanku dan kelalaianku sendiri..

Apapun, tahniah ku ucapkan kepada kwn2 yg berjaya menguruskan masanya dgn baik.

Fuh,memang leganya hati bila dah delete fb tu..so after this xyah nk gatal buka fb lg dah =P ...sekurang2nya saya boleh buat perkara lain..buku2 pun byk lg x abis baca..Sekian ^_^