Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya
Seperti biasa x tau ceramah tajuk apa,he2
Tau ada aje ceramah pergi jela..rugi xpergi
"MAAL HIJRAH"
Walaupun hari ni dh bulan Safar tp tajuk ini bleh dibincangkan setiap masa
Alhamdulillah seronok sekali...xngantuk & dpt dengar dgn hati yg terbuka
Maal hijrah = bersama-sama dengan hijrah
R.U.M.U.S.A.N. yg saya dapat kongsikan
Selepas hijrah perpindahan dr kota Makkah ke kota Madinah xde hijrah lagi,yg ada hanyalah "jihad niat" kerana kita berjihad dgn niat kita untuk berhijrah,tapi jihad dahulu baru niat.Jangan berlenggah masa lagi.Rasulullah S.A.W & para muhajirin berhijrah kerana mahu memelihara agama mereka.Kita?
Ada yg kaya-raya tapi masih xnk beriman
Bila ada org halang utk solat baru nak solat?
Bila ada org halang baca Al-Quran baru nak baca Al-Quran?
Bila ada org halang memakai tudung baru nak pakai tudung?
Ayuh berjihad!
Berjihad dgn bangun pagi utk solat subuhmu
Berjihad dgn memakai tudungmu
Berjihad dgn menjaga tutur katamu
Berjihad dgn menjaga batas pergaulanmu
Berjihad dgn menjaga pandanganmu
Berjihad dgn hawa nafsumu
Berjihad dgn sifat marahmu
Berjihad dgn kutukan org disekelilingmu
Rasulullah S.A.W xmenyuruh meminta musuh supaya kita dapat berjihad tp apabila musuh tiba jgn lari pula
Niat kena bersungguh-sungguh,contoh yg ustaz bagi:
"niat utk bangun solat tahajud tp bila terjaga kenalah tunaikan walaupun sudah hampir subuh,tp kalau betul2 terlepas tetap niat diterima Allah"
"niat nk kahwin 2011,kena la cuba yg terbaik utk tunaikan niat itu.Jgn pula ditangguh-tangguhkan"
Kasih-sayang Allah
Allah memberi 10ganjaran bg 1 kebaikan yg dilakukan
tapi hanya 1ganjaran bagi 1 keburukan dilakukan
MasyaAllah kenapalah kita xmensyukurinya???
Kemudian Allah dgn mudah mahu menghapuskan dosa2 kita,cuma kadang2 kita yg xmenyedarinya
Contohnya :
- 1 langkah ke rumah Allah akan dihapuskan dosa2 kecil kita
- mengambil air wudhuk dgn sempurna akan menghapuskan dosa mata,hidung,telinga,kaki & tangan kita
Ya Allah yg Maha Penyayang,bila 1keburukan dibanding dgn 10kebaikan..kebaikan lebih berat & kemudian Allah beri peluang pula kepada hambaNYA utk menghapuskan dosa2 tersebut...akhirnya pasti kebaikan sentiasa mendahului keburukan& dosa yg kita lakukan
Allah Ta'ala xmelihat rupa parasmu tp melihat apa yg ada dlm hatimu & amalmu
Kerana itu mereka yg beriman lebih rela diseksa & dipenjara
kerana bagi mereka itu lebih membahagiakan dr kemewahan tipu daya duniawi ini
Contohilah mereka,berani kerana benar...jihad demi Ilahi
Banyak lagi sebenarnya yg disampaikan oleh ustaz tp sy ada byk perkara lain nk buat.To be continue....
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
0 comments:
Post a Comment