Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya
Hari ni ada ceramah tp xtau la tajuk apa
Pergi dgn teman bukan sorang2 seperti selalu...best la skit
MasyaAllah tajuk ceramah sgt........pelik!
Xkisah la asalkan niat nk tuntut ilmu
Tajuk ceramah : Adab memandang,had aurah dlm syariat Islam...sambungan utk ceramah yg sebelum ni...so hari ni,ust Rasyid nk sambung dibawah tajuk "Adab meminang wanita"
Hehehe...x ke pelik tu???...mmmg pelik
Mcm pergi kursus kahwin pula
Rasa interesting pun ada juga sbb rasa nk tahu
Dalam ceramah ust ada juga diselitkan dgn nasihat,cerita semasa,cerita teladan,hadith,ayat Al-Quran,pengalaman ust...dan juga ust pandai buat lawak,mmg seronok mendengar ceramah beliau...ust2
Antara pengisian yg sy dapat utk dikongsi :
1. Jangan memalukan org lain dgn permainkan maruah dirinya..antara salah satu perkara yg perlu dipertahankan
2. Tiga golongan yg tidak dicatit dosanya oleh malaikat (kalaf):
- Golongan yg tidur sehingga bangun dr tidur,xtermasuk ngigau ngn mamai
- Golongan kanak2 yg sehingga dia baligh
- Golongan yg gila/ xwaras fikirannya sehingga dia sedar
3. Masyarakat makin jauh dr agama kerana kurang kefahaman mengenai agama mybbkan mereka memandangnya sebagai perkara yg remeh temeh shj...sehingga ada yg melakukan perintah agama semasa berada di masjid/ masa beribadah shj,kemudian selepas itu kembali melakukan kemungkaran...contohnya,ada yg hanya memakai tudung dimasjid shj,diluar masjid membukanya.Na'uzubillah
4. Wanita2 yg bertalian darah yg haram utk dikahwini
5. Matlamat sebuah perkahwinan adalah utk mententeramkan perasaan 2jiwa & utk mawadatan wa rahmah (lg tinggi dari kasih sayang)
6. Tunang adalah sebagai penilaian yg teliti/terperinci supaya xmelahirkan perkahwinan yg rosak...contohnya,mak paksa kahwin itu mungkin akan membawa kemusnahan rumah tangga anaknya..jika anak xsetuju semasa tunang maka boleh diselamatkan lg
7. Dato Dr Fadhilah Kamsah berkata "perkahwinan yg bahagia adlh apabila suami isteri berkongsi gelas"...(ini merupakan sunnah Rasulullah S.A.W,dimana Rasulullah S.A.W. meminum air dr gelas Saidatina Aisyah R.A. pada bekas bibirnya digelas tersebut)
8. Di masjid xboleh letak byk jam..he2 ust tegur sbb kt masjid tu ada byk jam,sbb ini merupakan psychology..menyebabkan mereka yg datang kt masjid menjadi tidak tenteram kerana teringat hal dunia...akhirnya xdpt utk beribadat & menenangkan jiwa
9. Talaq merupakan perkara halal yg dibenci Allah Taala kerana memutuskan kasih sayang antara 2jiwa
10. Pertunangan adalah rahsia,hanya mereka yg terdekat yg tahu utk mengelakkan fitnah jika terputus nanti
11. Bertunang tidak boleh lama,paling sekejap 3hari..paling lama ust xcakap pula
Adab meminang wanita
1. Harus melihat bg yg benar2 niat tekad utk berkahwin,wajah & kedua tapak tgn..ust cakap tapak tgn pun penting
2. Pandang berkali-kali sehingga lekat di ingatan (harus) bg yg xpernah jumpa langsung...bg yg dh bertahun jumpa/kenal xperlu utk pandang berkali-kali
3. Kedua-dua pihak dibenarkan berbual-bual
4. Tidak boleh berjabat tangan
5. Tidak boleh bertemu selepas majlis kecuali ada teman yg baligh,mahram bg si perempuan dan paling bagus ayah si perempuan tersebut menemaninya bagi menyelesaikan beberapa perkara atau sekadar utk berjumpa
Semoga diberi peluang lg utk menghadiri ceramah ust..& ceramah2 yg lain juga
Seronok rasanya hari ni..walaupun sedikit tension& kecelaruan emosi,he2
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
2 comments:
Interesting topic.. :) Eh2, cake dia pun sama dgn cake masa kakak hazwan kahwin... Haha..
Ya Allah,yeke?..he2 nini suka pic ni sbb cake tu colour pink!
Post a Comment