Thursday, January 14, 2010

Jogging2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya

Kalau ada masa lapang,terasa rajin nak makan angin,nak cuci mata dgn bunga-bunga yang cantik & nak menyihatkan tubuh badan bak kata 'prof klon'..pasti kami akan pergi jogging di nursery....tapi semalam yang paling jauh sekali sampai nk dekat highway Sungai Buloh...he2,semangat lebih!

Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh umatNYA beriadah & bersukan asalkan tidak mengganggu ibadah kepadaNYA.Bila sihat tubuh badan pasti segar melakukan ibadah kepadaNYA.Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut.

Selain itu, sabda rasulullah s.a.w;

"mu'min yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mu'min yang lemah, tp keduanya hendaklah ada kebaikan" [Riwayat Muslim]

Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadith di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. pendek kata, mu'min kena seimbang, rohani dan jasmani.

JANGANLAH malas, bangun dan bersenam!Senamamn sangat bagus untuk tulang yang sihat, anda tidak boleh sekadar mengambil nutrien atau calcium sahaja. Melakukan senaman yang betul juga penting untuk menguatkan tulang! Sebenarnya, selain kuat, tulang juga fleksibel. Inilah sebabnya ahli gimnastik boleh melentur badan hingga ke bentuk yang tampak mustahil tanpa mematahkan tulang mereka! Tulang adalah tisu hidup, jadi ia terus bertindak kepada tekanan dari aktiviti yang dikenakan ke atasnya.

Tulang kita terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah. Dalam kata lain, tulang anda akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Jika anda tidak aktif secara fizikal, tulang anda menjadi lebih lemah dan rapuh, mendedahkannya kepada risiko patah.

2 comments:

Tholib said...

Rajinnya berjogging...:) Berapa Km ni lari? 10km ke? He2...Hazwan dah lama x jogging dah.. :p

Fatini said...

xsampai 10km...hazwan kan busy mana ada masa nak jogging