Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Saturday, May 22, 2010
Cinta Langit & Laut
Tuesday, May 11, 2010
Suci Sekeping hati

Oh dunia..
Betapa fananya dirimu,
Apakah harus ku tinggalkan?
“Akak!” Terkedek-kedek kanak-kanak berumur 8 tahun yang masih memakai baju seragam sekolah itu berlari mendapatkan kakaknya yang berdiri tegak di tengah bendang.
Maisarah memalingkan badannya ke arah suara itu, senyuman yang paling manis diberi. Sesekali baju cotton berbunga kecil yang lusuh berserta tudung kusam miliknya terbuai-buai ditiup angin.
“Ya dik.” Tangannya segera didepangkan untuk menyambut kedatangan Hazim. Sekelip mata sahaja Hazim sudah berada dalam dakapannya. Tangan lembut itu mengelus-elus rambut kanak-kanak suci itu, kemudian satu ciuman sayang mendarat di dahi kecil Hazim.
“Akak..”
“Hm?”
“Kenapa tak balik lagi? lama Hazim tunggu kat rumah” Bicara anak kecil itu menusuk hati Maisarah. Semenjak kedua ibu bapanya maut dalam kemalangan ngeri setahun yang lalu, dia lah yang menggantikan tempat mereka dan alam persekolahannya terpaksa ditinggalkan. Malapetaka yang menimpa dirinya seawal usia 16 tahun itu terlalu ngeri untuk dikenang. Satu-satunya motor kapcai buruk milik bapanya hancur dirempuh lori, dan......
“Akak, Hazim cakap sorang-sorang ke?” Muncung mulut itu menandakan rajuknya sudah bermula. Maisarah tergelak kecil. Segera jemarinya yang runcing menarik muncung comel itu.
“Taklah, akak minta maaf ye.. Leka sangat tadi akak tengok suasana di bendang ni. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah kan dik?”
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut rambut Hazim, membuatkannya semakin selesa dalam dakapan Maisarah.
“Kak, Hazim laparlah...” Luah anak kecil itu, ada nada sedih di penghujung suaranya.
“Astarghfirullah, lupa pula akak... Jom kita balik. Nanti akak masakkan telur goreng ya?”
Anggukan Hazim jelas menunjukkan kemahuannya. Maisarah segera memimpin tangan adiknya untuk pulang ke rumah.
Dan.... kesedihan yang sebenar itu tidak wajar dirasai oleh kanak-kanak sekecil Hazim. Maisarah sedar akan hakikat itu.
***
Langit di luar kelihatan sedikit mendung, seolah-olah berat sungguh kandungan air dalam perut awan-awan yang berarak itu, entah bila air itu bakal dimuntahkan...
Tangan maisarah ligat melipat kain baju yang sudah diangkat.Hazim yang baru keluar dari bilik, siap dengan baju tidurnya menghampiri Maisarah.
“Akak”
Maisarah memandang.
“Hazim nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah.” Satu senyuman dilempar.
“Ustazah kat sekolah tadi cakap dunia ni hanya pinjaman je... Dunia bukan sesuatu yang patut kita kejar. Betul ke akak?”
“Betul”
“Jadi, betul lah kita tak perlu cari duit... Kita perlu hidup macam ni je kan akak?”
Maisarah tersentak. Hidup melarat di zaman ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Islam, dia sedar akan hakikat itu. Cuma... Bagaimana harus dia menerangkan kepada seorang anak sekecil Hazim?
Maisarah menarik nafas panjang.
“Pada Hazim?” Soalan berbalas soalan.
Hazim menjungkitkan bahu. “Entah. Tapi Hazim sedih, tadi kan akak....”
Ayatnya terhenti. Matanya yang semenjak tadi memandang tepat ke dalam anak mata Maisarah dialihkan. Sesekali, tangan mulusnya mengesat sedikit titisan-titisan jernih yang mulai turun dari kelopak matanya yang bengkak.
Maisarah yang sedar akan perubahan mendadak itu menarik sedikit tangan Hazim dan membawanya dekat dengan dirinya. Kepala Hazim segera rebah di pangkuan Maisarah, seolah-olah ingin membawa sekali semua masalahnya rebah bersama.
“Kenapa dik?” Tangan lembut Maisarah tidak henti-henti megusap kepala anak kecil itu, betapa sukar untuk dirinya memaksa hati untuk terus tabah. Namun, untuk adik yang dikasihi.. Dia harus terus bijak berlakon. Ya, berlakon untuk kesenangan insan tersayang.
‘Duhai hati... Bersabarlah..’
“Ada kawan-kawan Hazim yang bukan Islam ejek-ejek Hazim. Dia cakap orang Islam memang hidup melarat, miskin, susah.. Kawan-kawan Hazim yang Islam pun selalu ejek-ejek Hazim” Semakin deras mutiara jernih itu turun membasahi pipi lembut Hazim.
“Hazim... Allah tidak pernah menyuruh agar kita meninggalkan dunia sepenuhnya. Hakikatnya, ilmu yang kita cari, yang Hazim belajar kat sekolah.. Itu semua adalah ilmu Allah. Apa-apa pun perkara baik yang kita lakukan kerana Allah merupakan salah satu daripada cabang ibadah. Hazim faham tak sayang?”
Angguk.
“Jadi akhirat kita tak payah kisah?”
Maisarah senyum dan segera menggeleng. “Tidak sayang... Allah tidak suruh kita melupakan dunia tapi dalam masa yang sama kita ada satu matlamat yang jitu, iaitu akhirat. Jadi, sebab tulah apa-apa pun yang kita lakukan, harus niat kerana Allah.Andai kemiskinan mampu menjadi fitnah untuk Islam, maka kita harus berusaha untuk mengatasi kemiskinan itu”
“Oh.. Hazim ingat ibadat tu yang sembahyang, doa, zikir je.”
Maisarah menggeleng lagi. Satu senyuman diberi.
“Akak....” Suara itu memanggil lagi.
“Ya dik..”
“Kenapa nasib kita begini?”
Maisarah terpana. Segera bibirnya bergerak, menyanyikan bait-bait lagu Suci Sekeping Hati buat Hazim.
“Akan kuatkah kaki yang melangkah .. Bila disapa duri yang menanti ...Akan kaburkah mata yang meratap.. Pada debu yang pastikan hinggap”
Titis-titis air jernih yang semenjak tadi bertakung di kelopak matanya, gugur jua.. Diiringi hujan yang semakin lebat di luar...
***
‘Tok.. Tok..’
‘Pap’ Pen jenama Pierre Cardin di tangan jejaka itu jatuh merebah bumi.
Hazim terkejut dek ketukan di pintu. Jauh benar lamunannya, menjelajah ke seluruh pelusuk desa 20 tahun yang lalu. Terkenang susah dan senang bersama Maisarah-permata hatinya yang banyak memberinya semangat sehingga tertubuhnya syarikat yang menjual pelbagai produk barangan muslim miliknya sendiri!
‘Tok..Tok..’
“Allah, mengelamun lagi aku” Kepala digeleng-gelengkan. “Masuk”
Seorang wanita berjubah dan bertudung labuh masuk. Buku kecil di tanggannya diangkat. “Encik, pukul 10.30 encik ada meeting dengan ahli lembaga pengarah yang lain.”
Hazim memandang jam yang terletak di mejanya sekilas. 9.30.
“Terima kasih Adawiyah.”
Wanita mengandung itu tersenyum.Senyuman yang mampu menghilangkan segala duka. “Itu sahaja, ada apa-apa lagi encik?”
Hazim menggeleng. Adawiyah berpaling dan kakinya bergerak untuk melangkah pergi.
“Em.. Sayang..”
Hazim bangun dari kerusinya dan bergerak rapat ke arah Rabiatul Adawiyah yang berdiri tegak menghadapnya. Tangannya pantas mengusap-usap perut isterinya yang semakin membesar. Seorang isteri yang solehah, benar-benar menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Mencarinya pada zaman ini umpama mencari permata di sebalik ribuan kaca.
“Terima kasih ya Allah, atas kurniaan permata termahal ini” Hazim berbicara di dalam hati.
“Baby abi sihat tak ni?” Telinganya diletakkan di perut isteri tercinta. Pantas pula tangan kudus milik Adawiyah mengusap-usap kepala suami tersayang.
“Tanya baby je?” Muncung-muncung mulut Adawiyah berpura-pura merajuk.
“Mak baby dah depan mata ni, alhamdulillah sihat je ayah baby tengok.”
Adawiyah tergelak.
“Sayang..”
“Ye abang..”
“Abang ingat minggu ni nak balik kampunglah, jenguk akak.” Hazim memandang tepat ke dalam anak mata Adawiyah.
Adawiyah tersenyum, satu senyuman nakal mula terukir di wajahnya. “Baiklah encik, saya akan batalkan semua program encik hujung minggu ni. Nanti saya catatkan dalam diari ya.”
Hazim mencuit hidung isteri tercinta. “Nakal...”
***
“Sodaqallahul azim...” Maisarah menutup dan mencium Al-Quran miliknya, yang juga merupakan pemberian daripada arwah ayah. Pesanan arwah bapanya sentiasa terpahat di hati, tidak pernah walau sedetik dia melupakannya.
‘Hiasi hatimu dengan Al-Quran!’
Maisarah bangun dan meletakkan Al-Quran di salah sebuah rak usang di salah satu sudut rumah kecil miliknya. Apakah layak tempat tinggalnya digelar rumah atau lebih layak di panggil pondok?
Entah, Maisarah tidak pasti. Apa yang pasti,tempat tinggalnya yang berasaskan kayu, berbentuk empat segi dan hanya mempunyai satu bilik itu hanya menanti saat untuk rebah ke bumi.
“Akak” Lembut suara Hazim memanggil sambil tangan kanannya menarik sejadah usang berwarna hijau miliknya. Sesekali tangan kecilnya menggosok-gosok mata menandakan masa untuk tidur semakin hampir.
“Ya sayang.. Hazim dah solat?”
Angguk.
“Hazim doa apa tadi?”
Hazim bergerak perlahan ke arah Maisarah dan meletakkan kepalanya di atas ribaan permata hatinya itu.
“Hazim doa.. ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil dahulu. Ampunkan juga dosa kakakku, saudara-maraku, jiran-jiranku, rakan-rakanku dan dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
Petah mulut kecil itu berbicara. Maisarah terpana. Tidak ramai manusia yang ingat untuk mendoakan sesama mereka, kebanyakannya hanya mendoakan diri sendiri. Terkadang, dia sendiri terlupa... Malunya dia pada kanak-kanak sekecil Hazim yang sudah mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Teramat malu.
“Akak?” Hazim mendongak sedikit.
“Ya”
“Hazim doa salah ya?” Timbul kegusaran di riak wajah comel itu.
Geleng. “Taklah sayang, pandai adik akak doa...”
“Habis, kenapa akak senyap je?”
“Akak tengah aminkan... Tapi kan Hazim, akak rasa Hazim kena tambah lagi satu doa”
“Apa dia kak?”
“Ya Allah... jadikanlah diriku meletakkan Engkau di tempat pertama dalam apa jua perkara yang aku ingin lakukan.”
Maisarah senyum. Hazim membalas.
“Akak...”
“Ya sayang..”
“Boleh tak nyanyi lagu?”
“Lagu apa?”
“Suci Sekeping Hati”
Maisarah mula menyanyi sementara Hazim terlena di pangkuannya..
***
Maisarah melontarkan pandangannya jauh-jauh ke luar tingkap, melihat bendang yang luas terbentang, langit yang berdiri tanpa tiang, juga burung-burung yang girang berterbangan. Sungguh banyak tanda kekuasaan Allah, jika manusia benar-benar merenungi..
Rumah kayu miliknya dahulu sudah pun berganti dengan rumah batu sederhana besar hasil titik peluh Hazim.
Hazim. Nama yang tidak pernah luput dalam hatinya. Rindu benar dia pada insan soleh itu.
Maisarah mendengus. “Maisarah.. sabarlah, kan Hazim dah bagitahu yang dia tak dapat balik minggu ni.. Sabarlah, dia bekerja kerana Allah”
Wanita solehah itu berkali-kali cuba menenangkan hati. Rindunya pada adik tercinta tidak dapat dibendung lagi.
“Sekeping hati dibawa berlari ..Jauh melalui jalanan sepi ..Jalan kebenaran indah terbentang ..Di depan matamu para pejuang”
Suara Hazim yang menyanyikan lagu suci sekeping hati bergema-gema di kotak fikirannya.
“Allah.. aku benar-benar merinduinya” Maisarah berbisik sendirian.
“Tapi jalan kebenaran ..Tak akan selamanya sunyi …Ada ujian yang datang melanda ..Ada perangkap menunggu mangsa”
Suara itu bergema lagi di kotak fikiran Maisarah. Kelopak matanya mula memberat menahan takungan air.
“Akan kuatkah kaki yang melangkah ..Bila disapa duri yang menanti …Akan kaburkah mata yang meratap…Pada debu yang pastikan hinggap”
Suara itu tidak dapat dihilangkan daripada terus menjengah.Maisarah menarik satu nafas yang panjang, “Allah, tabahkan hatiku.. redhakan ya Allah..”
“Mengharap senang dalam berjuang ..Bagai merindu rembulan di tengah siang …Jalannya tak seindah sentuhan mata …Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba”
Akhirnya, air mata wanita itu tumpah jua.. Setitik demi setitik gugur membasahi bumi.
“Ehem..ehem.. layan feeling nampak? Sampai adik tercinta datang pun tak perasan?”
Suara garau Hazim menjengah lagi dan kali ini Maisarah berpaling ke belakang.
Satu susuk tubuh lelaki soleh yang sering dirinduinya menerpa di birai mata. Di sebelahnya, Rabiatul Adawiyah manis berjubah ungu dan bertudung labuh warna ungu cair tersenyum senang.
“Kata tak balik minggu ni?” Akhirnya suara halus milik Maisarah keluar juga. Hazim tersenyum.
“Mana boleh kak, nanti ada orang merana kerinduan pula”
“Perasan” Maisarah menjuih.
“Betul ni kak? Hazim balik eh.. Balik ni..” Hazim berpura-pura merajuk.
“Adawiyah, tengok suami kamu ni, tak ubah-ubah.”
Adawiyah ketawa kecil “Tak apalah kak, mari saya teman akak.”
Hazim tersengih. Segera dia menerpa dan memeluk Maisarah. Maisarah menangis lagi...
“Itulah akak, Hazim ajak duduk sekali tak mahu..”
“Akak sayang rumah ni dik...”
“Tak sayang Hazim?”
“Tak apalah dik.. Akak tahu Allah sentiasa jaga Hazim, lagipun akak tak perlu risau.. Hazim kan selalu mengutamakan Allah dalam segala hal”
Maisarah tersenyum.
Rabiatul Adawiyah mengesat air matanya, terharu melihat senario yang berlaku di hadapan mata. Suci sungguh sekeping hati milik mereka.
“Akak, tengok tu.. ada orang pula yang feeling.” Serentak Maisarah dan Hazim memandang wajah bersih Rabiatul Adawiyah.
“Abang ni nakal laaaa...”
Ketawa bergema, menghiasi ruang yang menyimpan 1001 rahsia....
Ya Allah...
Letakkanlah dunia di tangan kami agar kami bisa menggunakannya,
Bukan di hati kami agar kami tidak terpedaya dengannya,
Dan sucikanlah hati kami, agar kami bisa merasa manisnya hidup bersamaMu...
*http://masturamohdyusuf.blogspot.com/
Sunday, May 09, 2010
Mama,wajahmu makin dilupai

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat.
Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut … mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.
Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya … maafkan saya ayah…”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku itu. Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan ‘Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi. Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukan ku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudia anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus…..”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata… Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”. Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku…
“Mama yang amat dikasihi,
Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan ‘Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar. Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama? Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki…
Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri. Hubungi majikan anda. Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawaban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. Kesihatan adalah harta karun yang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang ‘si kecil’ yang lebih berharga.
Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, kalau boleh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.
Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga ‘si kecil’ yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.
Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda ada.
Saturday, April 24, 2010
"Bacakan kuat-kuat ya"

Saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.
"Bolehlah Papa?.. sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."
"Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu.
Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum.
"Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.
"Mama dah bacakan, okeylah tu!"
Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.
"Papa? mama.. Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu.
Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.
.............................................................................
S E D I H kan...=(
Ambillah sebagai pengajaran
Wednesday, March 03, 2010
Memelihara Cinta

“Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.
“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.
“Betul juga”.
Persoalan tergantung. Tidak berjawab.
Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.
Aksesori Cinta
“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.
“Maksud akak?”.
“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.
“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.
Saya semakin mengerti apa yang Kak Raiha cuba sampaikan.
“Rasa tanggungjawab dan kepercayaan ini tidak akan wujud andai tidak rasa diri berTuhan. Cinta jadi tidak berperaturan. Cinta yang jauh dari berpaksikan Tuhan”, saya cuba membuat kesimpulan.
“Benar. Andai cinta berpaksikan Tuhan, barulah lahir cinta sejati yang menyembuhkan, bukan menyakitkan. Bukan cinta buta buatan manusia”.
Cinta Tanpa Tanggunjawab
“Remaja kini terdedah dengan cinta, namun cetek ilmu menguruskannya. Tanpa ilmu, sukar melahirkan rasa tanggungjawab”, Kak Raiha cuba menghuraikan aksesori pertama.
“Tanpa rasa tanggungjawab, si teruna tidak bersifat melindungi kaum wanita. Kaum wanita pula sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga”.
Saya diam mendengarkannya. Realiti yang harus diterima. Realiti bahawa ramai remaja yang terlibat dengan cinta di awal usia, terjebak dengan maksiat dan zina. Realiti yang bimbang lagi meresahkan.
Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.
“Cinta yang Allah gariskan bukanlah untuk menyekat. Cinta berperaturan untuk meningkatkan darjat. Cinta ekslusif!”, pesanan berharga buat remaja mabuk bercinta.
“Cinta tanpa tanggungjawab juga boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda”, Kak Raiha mengubah konteks, daripada isu remaja kepada keluarga.
“Dengan mudah, si ayah mahupun ibu boleh `mencintai` orang lain. Bayangkan, andai ibu ataupun bapa sibuk menunaikan tanggungjawab yang tidak pernah selesai terhadap pasangan dan anak-anaknya, soal `terjatuh cinta` dengan orang ketiga pasti dapat dielakkan. Memanglah cabarannya sentiasa ada. Namun, boleh dielakkan!” Kak Raiha sedikit emosi. Tidak adil, tetapi ingin bercinta lagi.
“Setuju kak. Sekalipun suami dan isteri saling mencintai. Tanpa tanggungjawab, selama manakah cinta dapat bertahan agaknya. Cinta dan sayang terhadap anak-anak juga perlu dinilai dengan tanggungjawab”.
“Benar. Anak-anak juga harus punya cinta yang penuh tanggungjawab terhadap ibu bapa”. Peranan anak-anak pula disentuh.
“Bagaimana pula tu?”.
“Anak-anak zaman kini kadangkala sibuk bekerja. Tiada masa untuk bersama ibu bapa”.
“Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai Allah. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa Allah, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. Dibesarkan dan dijaga”.
“Andai semua pihak melihat cinta disertai tanggungjawab, insyaAllah tidak timbul masalah. Masing-masing akan fokus pada memberi. Bukan menuntut hak”, saya cuba membuat kesimpulan mengakhiri perbualan.
“Benar, cinta pada Allah juga menuntut kita untuk menzahirkannya. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya yang bertaqwa”.
Dicintai Dan Dipercayai
Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.
Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.
Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.
Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?
Saya kira, membina kepercayaan mengambil masa. Memulihkan kepercayaan lebih banyak mengambil masa!
Sebelum menjalin hubungan, kepercayaan boleh mula dipupuk. Syaratnya ialah dengan tidak bermuka-muka ataupun berlakon. Lihatlah pada akhlak dan ibadahnya. Andai si dia menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia, insyaAllah, apabila bersama kelak, kepercayaan itu sudah terbina.
Bayangkan seorang lelaki yang matanya liar memandang wanita lain. Apakah kita percaya selepas berkahwin kelak, dia akan menundukkan pandangnya?
Bayangkan seorang wanita yang tidak segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang haram buatnya. Apakah selepas bernikah kelak, dia akan menjadi wanita pemalu yang memelihara kelakuannya?
Bayangkan seorang teman yang suka mengumpat orang di sana-sini. Apakah kita yakin, kita tidak akan diumpatnya selepas menceritakan masalah kepadanya?
Ya, benar, manusia boleh berubah dengan izin Allah. Namun, kepercayaan sudah tercalar. Sukar!
Binalah kepercayaan sebelum menjalin hubungan. Kemudian peliharalah kepercayaan itu. Sekali tercalar, mengambil masa untuk memulihkannya.
Cinta Perlu Disuburkan
Cinta perlu ada rasa tanggungjawab dan mempercayai. Semacam kering sahaja bunyinya. Serius dan tidak berwarna-warni. Disebabkan itulah, cinta sesama manusia ini perlu disuburkan dengan kata-kata dan sentuhan. Sentuhan fizikal mahupun jiwa.
Memuji sahabat tentang kelebihan dan sifat positif dirinya.
Membelai anak yang sudah remaja dengan kasih dan mesra.
Menghadiahkan bunga buat isteri tercinta.
Menggantikan bebelan dengan kata-kata semangat buat suami tatkala perkahwinan bertambah usia.
Mengusap wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan tidak berdaya.
Bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan untuk menyuburkan hubungan sesama manusia melalui sentuhan dan kata-kata. Kadangkala, kita yang tidak amalkannya. Lama-kelamaan, bertukar menjadi kekok. Kemudian, dilabel buang tabiat. Parah!
Mari kita hayati kembali sirah. Kisah cinta manusia paling agung. Cinta Rasulullah terhadap isterinya. Cinta bukan dalam bentuk `segera`. Cinta Rasulullah disertai usaha yang dibajai sentuhan dan kata-kata. Dengan izin Allah, mencairkan hati, menyentuh jiwa.
Tatkala isteri tidur nyenyak kepenatan, Rasulullah memilih untuk tidur diluar, kerana kasihan.
Rasulullah juga tidak kekok meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Pernah satu ketika, hidung Saidatina Aisyah dipicit. “Sabar dahulu ya Humaira”, kata nabi seraya memicit hidung Aisyah. Sentuhan mesra untuk menyabarkan dan meredakan.
Rasulullah dan isterinya saling menasihati, bersama-sama memperbaiki diri.
Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.
Cinta itu perlu, namun cinta semata-mata tidak membawa ke mana. Permulaan yang baik itu tidak menjamin kesudahan yang baik, tanpa baja dan dijaga.
Semoga kita sama-sama dapat amalkan tatkala diri menjalin cinta sesama makhluk menuju cinta kepadaNya.
Saturday, February 27, 2010
Sejujur kata,seluhur hati

Pemuda yang ikhlas~~~^_^
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…
Beberapa bulan kemudian..................
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.
.:Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu????
Hope it's me...=P
Cerpen Sahabat Sejati

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.
Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"
"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.
"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.
"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
.................................................................................
"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.
"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.
Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.
Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."
Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.
Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.
Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."
................................................................................
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.
Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"
"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.
"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.
"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.
"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.
Saturday, February 20, 2010
Wajah suci itu =(
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam,keluarga & para sahabatnya
Sy nk sgt bertanya kpd si pembuang bayi,kpd si pembunuh bayi & kepada yg mengandungkan bayi....Kenapa??..kenapa??...kenapa??
Apakah dosa bayi tersebut dibuat sebegitu rupa????????????????
Dibuang pula dgn cara yg kejam!!!!!!!!!!!!
Dibuang di masjid
Dibuang di longkang
Dibuang di tandas
Dibuang di tong sampah
Dibuang di tepi jalan
Jika x dibuang,dibunuh!!!
Lg kejam & xberhati perut dibakar!!! =(
Sy sampai xtahu nk terang kan perasaan sy ini
Krn kes seorg bapa yg merogol anaknya yg berusia 5bln!!!
Bagi sy,bapa yg merogol anak mereka sendiri itu pun sudah kejam
Apatah lg anak mereka yg masih bayi ini
Dimana pergi nilai kemanusiaan???
Ya Allah,semasa menulis post ini...air mata turut mengalir
Siapakah yg x tersentuh apabila megenangkan nasib bayi tersebut
Sy sayang bayi itu
Sy jika di hospital sering melihat ibu bapa yg kerisauan akan anak mereka
Mereka akan setia menjaga anak mereka
Xkira anak mereka sakit apa
Wlpn anak mereka cacat sekalipun
Jika di wad bayi,lg menyayat hati
Semuanya peluang utk hidup amat tipis sekali
Ibu bapa mereka tetap xberputus asa terhadap anak mereka
Ada juga kisah ibu sanggup bertukar nyawa dgn anaknya
Antara nyawa sendiri dgn nyawa bayi yg dikandungnya
Amat berbeza sekali..mereka yg syg anak & mereka yg kejam itu
Sungguh beruntung anak yg dikasihi ibu bapanya
Masyarakat jahiliyyah zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW jahil kerana dalam kebingungan mencari Tuhan
Mereka hanya tanam bayi perempuan hidup-hidup
Masyarakat jahiliyyah zaman kini jahil dalam kemaksiatan???
Bayi dibuang tidak kira jantina, sama ada lelaki atau perempuan...
“Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8)
Wajah suci itu tidak berdosa...
Mengapa dia dibiar begitu saja...
Sedih pilu menatap rupanya...
Kaku terdampar dilembah hina...
Apa dosanya si kecil itu...
Belum sempat dia memanggil ibu...
Sampai hati engkau dizalimi...
Oleh mereka yang tiada simpati...
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati...
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati...
Di manakah nilai insan insani
Apa dosanya si kecil itu...
Kerana kasih tersasar tujuan hidup...
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan...
Buntu tiada jalan penyelesaian...
Lalu si anak dibuang di jalanan...
Mengapa tiada sifat tidak kasihan...
Sayu hati melihat nasib dirimu...
Bagai tiada nilainya disisi...
Wajah suci mu telah dinodai...
Namun lahirmu...
Ada nilainya...
Di sisi Allah engkau mulia...
Bagai kain putih kau tiada dosa...
Bertaubatlah mereka yang hina...
.:Wajah Suci by MesTika:.
Lantas,apa yg perlu kita buat?? = DOA = marilah berdoa semoga mereka insaf & bertaubat
Friday, February 05, 2010
Cinta perjuangan

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
…………………………………………
"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
………………………………………
"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"
…………………………………………
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
…………………………………………
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
The End~ Wassalam~
Lagu Perjuangan oleh Saff-One
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ameen.....
Cinta yg sebenarNYA

‘Nadia, dah makan belum?
Sayang buat apa hari ni?
Kenapa Nadia sounds unhappy?'
Itu perbualan dahulu. Ketika aku masih jahil. Ketika perbualan berjam-jam di telefon bersama seorang teman lelaki merupakan satu kebiasaan. Bahkan rutin yang menjadi pelik jika tidak dilakukan.
’Nad dah tidur belum? Ke tengah bercakap lagi dengan Danial tu? Sudahlah tu, karang tinggi pulak bil telefonnya.’Begitulah kata ibu, tatkala malam semakin larut dan dia masih lagi bergayut.
Dan dia akan terus menggerutu sendiri dan membawa telefon mudah alih ke dalam bilik. Sambil menyambung untaian kasih asmara bersama Danial di balik selimutnya. Kata-kata Danial seolah-olah lebih enak didengar dari mematuhi suruhan ibu tercinta.
Tapi itu dahulu, sewaktu dia belum mengenal erti sebenar cinta. Ketika lidah masih basah mengungkapkan kata cinta fana. Tatkala dirinya masih naif dan mendambakan kasih dari seorang teruna yang tidak halal buatnya. Sebelum dia mengetahui, di sebalik cinta manusia itu, terdapat satu cinta yang lebih agung, mulia, jernih dan hakiki.
dannybasri: assalamualaikum.nadia ke?
dannybasri : apa khabar sekarang?
Begitu tulisannya , di balik window yahoo messenger yang menjadi medium perantara dua insan berjauhan.
dannybasri: dah lama kita tak jumpe kan?
Entah mengapa tiba-tiba, jantungnya berdebar-debar melihat tulisan itu. Dia mengelip mata berkali-kali seolah-olah tidak percaya. Tapi dia pasti itulah Danial yang dikenalinya. Sekian lama dia cuba mengelak untuk bertemu dengan lelaki ini di alam nyata, kini dia muncul di depan ’mata’! Tidak langsung dia sedari yang dia baru sahaja ‘add’ ID dannybasri sebentar tadi.
Perlukah dia menjawab? Perlukah dia menyulam kembali ikatan yang telah lama terurai? Siapa pula yang memberikan IDnya kepada mamat ini?
Apa salahnya kalau kau membalas. Bukan apa pun. Lagipun dah lama tak dengar khabar. Di satu sisi, hatinya berbisik.
Betul, tapi aku takut, aku akan terjebak di dalam situasi yang sama.Lagipun apa faedahnya dia menghubungi aku ketika ini? Apa tujuan dia?
dannybasri: danny paham kalo nad tak mahu cakap dgn danny. danny dapat ID nad ni pun dr taufiq. lama juga danny minta dari dia, baru skrg dia kasi.
Hmm....siap ko Taufiq. Akanku suruh Dila kenakan kau. Tak tau menjaga rahsia! Dila jaga suami hang bebaik na.... tetapi kupasti Taufiq tidak akan memberikan ID ku tanpa sebab.
Taufiq dan Danial berkawan baik semenjak di bangku sekolah. Selepas SPM, mereka mengorak jalan yang berbeza. Danny mendapat tawaran untuk ke Melborne dan membuat program foundation di sana, sedangkan dia dan Taufiq ditempatkan di kolej persediaan untuk ke United Kingdom.
Sewaktu hangat cinta pertamanya bersama Danny, mereka tidak pernah berhubung melalui media elektronik. Oleh sebab itu, Nadia pasti Danny tidak akan dapat mengesannya semenjak hubungan mereka diputuskan .
dannybasri: hmmm.....danny cume nak minta maaf pada nad. Sudah lama juga danny cuba untuk mencari nad. Setelah kita ..
Dia berhenti. Nadia kaget menunggu. Semua kerjanya terhenti semenjak kemunculan window terbaru itu.
dannybasri : sejak peristiwa dulu, nad cuba mengasingkan diri dari danny. danny tak paham mengapa tetiba nad menyepi tanpa berita. danny call dan datang rumah nad. But no response from u. waktu danny fly pun nad tak datang untuk hantar.
dannybasri: waktu tu i was so confused! why did you do that to me? danny jadi tak betul untuk beberapa minggu sampai mama naik risau! danny rindukan nad bagai nak gile!
dannybasri : tapi bile danny dicampakkan di bumi kangaroo ni, danny dah mula sedar. banyak yang danny belajar dari kawan2 dan senior2 di sini. danny bukan sahaja menuntut ilmu medic tapi sahabat2 danny telah mula mengenalkan danny kepada ketinggian dan kedalaman ilmu Islam.
dannybasri: dan semenjak itu danny mula nampak segala dosa dan kesilapan danny selama ni... terutamanya kepada nad!maafkan danny nad!
dannybasri : danny malu kepada nad. malu kerana nad terlebih dahulu menyedari kesilapan kita.....
Senyap.
Nadia berkira-kira untuk membalas. Tidak tahan rasanya membiarkan Danial berfikir bahawa dia menulis kepada sang tunggul. Lagipun, ingin sangat dia bertanyakan beberapa soalan. Ketegasannya selama ini tidak melayan kaum Adam berchatting melainkan atas urusan kerja dilunturkan sedikit. Gelora di jiwa mengetuk-getuk pintu hatinya untuk menulis. Baru sahaja dia mahu menekan punat D, tiba-tiba Danial membalas.
dannybasri: ada seperkara lagi yang danny nak beritahu.
dannybasri : danny ingat nak call je nad tapi rasanya lebih elok kalo danny cakap di sini saje sebab danny tau mesti nad akan rasa tak selesa bukan?
Nadia tersenyum sendiri. Dah tahu mahu bertanya! Namun di sudut hatinya Nadia kagum dengan Danial yang ’sekarang’. Butir percakapannya lebih teratur dan sopan. Dia menghormatiku sebagai seorang wanita. Tidak seperti dahulu yang melayanku layak seorang suami terhadap isterinya!
Sementara itu, fikiran Nadia menyelinap ke lembaran memorinya 4 tahun yang silam.
’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’ (Al-Isra’ : 32)
Mungkin kerana semilir bayu di pagi hari itu atau mungkin kesan tahajudnya saban malam sebelum SPM diteladeni, sedikit sebanyak telah melentur lembut hatinya yang selama ini membatu keras berselaput kerak dosa. Tatkala dibacanya ayat-ayat Allah itu hatinya sangat terusik lantas bermenung lama memikirkan. Nadia terasa Allah seolah-olah berkata-kata dan menegurnya.
’Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.’ (Al-Baqarah : 165)
Pernah orang bertanya, siapakah yang paling dicintainya. Dia menjawab Allah dan RasulNya. Namun, dia tidak pernah benar-benar mengorek isi hati dan menemui siapa yang sentiasa terpahat di relung hatinya. Begitu juga tidak diselidikinya nama siapa yang sering basah dibibirnya. Ternyata bukan Allah dan Muhammad Nabinya. Tetapi Danial!
Tatkala hidayah meresap di jiwa, dan mengalir di seluruh urat nadinya, Nadia berazam untuk mengikis cintanya terhadap Danial. Dia cuba untuk menolak kesemua ajakan Danial dan tidak langsung menjawab panggilan telefonnya.
Dia tidak langsung memberikan penjelasan kepada Danial; cuma sepotong ayat yang menyatakan mereka tidak boleh lagi bersama. Noktah. Dirasakan dirinya kejam namun dia tidak sanggup hidup di dalam penjara buatannya lagi. Dia mahu bebas dari belenggu rantai maksiat dan keresahan jiwa lantas meraih cinta Allah dengan mempersembahkan apa yang Dia redhai semata. Dengan cara itu sahaja dia dapat mengecap cinta yang agung itu. Cinta seorang mukmin yang sangat cintakan TuhanNya.
dannybasri : hmmmm....tak mengapalah. danny nak maklumkan yang danny akan balik malaysia esok.
Lamunan Nadia terhenti tatkala tulisan Danial bersambung.
dannybasri : InsyaAllah, danny akan melangsungkan walimah 5 hari dari sekarang.
Seakan-akan guruh bergempita di ruangan biliknya, Nadia terkesima. Dia tersandar di atas kerusi. Dibacanya ayat terakhir Danial berulang kali seakan-akan tidak percaya. Gembira? Sedih? Terkejut? Segala-galanya beradun dan berputar dahsyat di dalam hatinya.
Kenapa aku begini? Dia sendiri berasa kaget dengan dirinya. Apa salahnya Danny berkahwin?
Tapi dia masih tetap berasa resah dan aneh. Bukankah telah kubuang dirinya dari hatiku? Bukankah telah kuletak cintaku hanya untuk yang Maha Satu? Takkan aku masih cintakan dia?Mungkin kerana sudah lama dia tidak hadir dalam hidupku menyebabkan kemunculannya kali ini menyentak perasaanku? Ãtau adakah aku masih berharap yang Danial akan kembali kepadaku sebagai insan yang lebih soleh dan memulakan diari cinta kami yang kedua?
Nadia tidak dapat berfikir lurus. Ditariknya nafas panjang dan digagahkan matanya untuk menatap skrin. Danial masih menulis tapi dia tak boleh membaca dengan jelas. Ada manik basah di sekeliling matanya.
dannybasri : jemputlah datang ye nad. danny sudah hantar jemputan pada keluarga nad di malaysia. jika nad ada di malaysia, jangan lupa singgah ye.
Dia nampak bersungguh-sungguh. Di sudut hati, Nadia bersyukur kerana Danial bertemu dengan seorang yang mungkin jauh lebih baik darinya. Tapi di satu sudut yang lain, dia berasa hairan, mengapa tidak dicarinya dia semula? Dia takut lamarannya akan ditolak? Manakan dia akan menolak jika Danny sudah berada di atas jalan yang sama denganya?Mengapa??!!
dannybasri: ok nad. gtg. take care. assalamualaikum
dannybasri has signed out. (12/16/2004 12:02 AM)
raudahhuda: danial!!!
Nadia tidak sempat untuk mengejar Danial. Dia benar-benar telah pergi. Pergi seperti mana dia telah ditinggalkannya.
Nadia mengeluh panjang sambil merenung kegelapan malam yang sunyi dan dingin. Hatinya dirasakan sekelam kepekatan malam itu. Mengapa Ya Allah, kau takdirkan perkara ini terjadi padaku?
*************************************
Di dalam kedinginan malam yang syahdu. Kedengaran suara esakan seorang primadona yang bersenandung dengan kekasihNya:
Ya Allah, bukanlah aku mahu menyalahkan takdirMu. Dan bukan juga aku mahu menafikan hakikat yang berlaku. Rupa-rupanya aku membohongiMu Ya Allah. Tatkala aku mengaku aku mencintaimu semata, namun masih terdapat sekelumit rasa cintaku kepada yang bukan milikku.
Ya Allah, sesungguhnya telah kumungkir waktuku terdahulu dengan menjerumuskan diriku dengan cinta yang palsu. Namun hakikatnya, masih kumugkiri lagi ikrarku Ya Allah, kerana detik-detik sebelum pernikahanku, aku masih mendambakan cinta dari manusia.
Aku lupa ya Allah, bahawa pernikahan itu bukanlah segalanya. Pernikahan itu hanya membuka babak baru untuk memajukan langkah dakwah. Mungkin dengan pernikahan itu, aku akan lebih mencintai dunia dari beribadah padaMu Ya Allah. Kerana kadang-kadang godaan terbesar datang dari orang yang paling dekat denganku.
Ya Allah, aku yakin , di sana..jauh atau dekat, ada seseorang yang memang diciptakan untukku. Mungkin seperti danny, mungkin juga lebih baik darinya. Seperkara yang pasti, tidak akan kunangis kerana lelaki lagi ya Allah! Ya Rabbal Alamin..
Subuh pagi hari itu, kedengaran burung-burung gagak berkicauan dengan meriah seolah-olah mahu memberitakan kepada seluruh warga kota Exeter akan kisah primadona Nadia. Senandung Nadia kepada dirinya , biarlah detapan jemari di keyboard malam hari tadi merupakan noktah perbualan yang terakhir antara dia dan Danial.
Dihirupnya udara pagi itu dengan rasa puas, puas dengan rasa cinta pada RabbNya.
Kisah saya & awak

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.
Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.
Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.
Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.
Thursday, February 04, 2010
Uhibbuki fillah ya everybody

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya
Inni uhibbuki fillah = aku mencintaimu kerana Allah
Ahabbakillazi ahbabtani lahu = semoga Allah mencintai kamu sebagaimana kamu mencintai aku
Hadith “ukhuwah”:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥
“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (HR Imam Ahmad)
Ukhuwah yang dimaksudkan dalam Islam adalah ikatan antara hati-hati yang berada di jalanNya atas satu tujuan dan AQIDAH yang sama.Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna,ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
Antara hal-hal yang boleh menguatkan ukhuwah Islamiyah adalah:
1. Memberitahukan kecintaan pada yang kita cintai
2. Memohon dido’akan bila berpisah
3. Menunjukkan kegembiraan & senyuman bila berjumpa
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
5. Mengucapkan selamat berkenaan dengan kejayaan
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Sering mengunjungi saudara
8. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya
9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
Ukhuwah yang menjadikan jiwa-jiwa yang saling berjauhan terasa dekat di hati.
Sunday, January 10, 2010
Seorang anak

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia" Al-Isra' 17:23
"Dan Kami wajibkan manusia(berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" Al-Ankabut 29:8
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu" Luqman 31:14
Post ini ditujukan buat anak kpd Kamaruzaman & Siti Khalijah
hehe..sy la tu,insyaAllah sebagai tanda betapa sygnya sy kpd mereka berdua
Alhamdulillah sy sudah mengucapkan terima kasih kpd mereka berdua krn melahirkan sy ke dunia ini...& terlebih syukur kpg ILAHI kerana menghidupkan diriku dan mjadi SEORANG ANAK kpd ibubapaku...kasih sayang yg diberi terlampau byk, doaku sentiasa supaya diberi peluang membalasnya wlpn xterbalas...mungkin dgn mencuba yg terbaik utk mjadi anak yg taat kpd suruhan mereka,doaku sentiasa bersama mereka,mereka sentiasa dihatiku sampai bila2..insyaAllah
Kalau sebut pasal mereka hati ini mudah betul terusik
sedih kerana rindu & kerana bersyukur masih memiliki mereka dan mereka masih memilikiku...sayunya hati,air mata kerinduan mula kelihatan
Mereka selalu sj membuat diri ini terharu atas kasih syg yg diberikan
bukan harta kekayaan yg diperlukanku tp cukuplah dgn hanya kasih syg mereka
Ya Allah, ku bersyukur atas kasih syg yg diberikanMU kpd mereka utk ku & kami sekeluarga...semoga kebahagiaan ini berpanjangan sehingga ke syurga..amin
"wahai Tuhanku,kasihilah keduanya sebagaimana keduanya telah mendidikku sejak kecil"
Monday, January 04, 2010
Cinta Adam dan Hawa

Syurga yang serba nikmat
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)