PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh siang & malam
Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best,keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman,tidak lg hidup berdagang
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh luang
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang
Tuhan kasi ilmu supaya tak ambil jalan yg menyimpang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang
Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup main sampai senja menjelang
Beli tiket konsert aku sangggup beratur panjang
Apa aku ingat masuk syurga boleh hutang?
Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur bukannya panjang
Pagi kita sihat,petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang
Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Ta’ala akan tertunai tak siapa mampu halang!!!
Firman Allah Ta'ala
"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)
Tuesday, January 19, 2010
Tiang agamamu
Saturday, December 26, 2009
Dah solat belum?

Balasan bagi Orang Yang Meninggalkan Solat
Sabda Rasullullah saw :
"Sesiapa yang mengambil mudah akan Solat, maka Allah Ta'ala akan menghukumnya dgn 15 hukuman.
6 daripadanya didunia
3 daripadanya ketika hendak meninggal dunia
3 daripdanya ketika dalam kubur
3 daripdanya lagi ketika dibangkit dari kubur nanti
ENAM KETIKA DIDUNIA
1. Allah Ta'ala akan menarik keberkatan dari umurnya
2. Dihilangkan tanda-tanda soleh daripada wajahnya
3. Segala amal kebajikan tidak akan diterima oleh Allah sama skali
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit
5. Allah Ta'ala tidak akan mensucikannya
6. Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh
TIGA KETIKA MATI
1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan terlalu lapar
3. Mati dalam keadaan terlalu haus
TIGA KETIKA DIDALAM KUBUR
1. Allah Ta'ala akan menyempitkan kuburnya sehingga patah tulang temulangnya
2. Allah akan menyalakan bara api dan memanggangnya diatas bara itu
3. Allah Ta'ala akan menugaskan Dua Malaikat yang ganas. Malaikat ni akan memukul orang yang melalaikan Solat Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar dan begitulah dari satu waktu ke waktu. Setiap pukulan akan membenamkannya ke dalam bumi sedalam 70 hasta. Mereka akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengoreknya keluar. Malaikat ni tidak akan berhenti memukul sampai hari kiamat
TIGA KETIKA HARI PEMBALASAN
1. Allah Ta'ala akan menugaskan dua Malaikat untuk menarik keatas mukanya ke satu tempat
2. Allah Ta'ala akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan dimana pandangan itu boleh menyebabkan gugurnya daging-daging muka mereka. Juga akan dihisab dgn teliti dan lama
3. Mereka akan di tolak dihadapan Tuhan ke Neraka
Thursday, December 24, 2009
Sejarah azan solat

Sejak solat difardhukan sehingga Nabi berhijrah, masih blom ada cara2 utk memanggil org2 Islam di masjid. Ini kerana ketika di Mekah umat Islam masih sikit. Mereka mudah dikumpul. Tp setelah Nabi berhijrah ke Madinah, umat Islam bertambah secara mendadak. Dlm beberapa bulan sahaja, hampir seluruh penduduk Madinah terutama kaum Aus dan Khazraj telah memeluk Islam. Dan setelah setahun Nabi tinggal di Madinah, boleh dikatakan semua org Aus dan Khazraj memeluk Islam.
Ini tentu amat menyusahkan Nabi mengumpul kaum Muslimin utk mengerjakan sembahyang berjemaah tanpa diseru dgn cara tertentu. Oleh itu, Nabi bermesyuarat dgn para sahabat utama baginda memikirkan tentang cara2 memanggil org Islam berkumpul di masjid pada setiap waktu sembahyang fardhu.
Di dlm mesyuarat itu, ada yg mengesyorkan supaya dikibarkan bendera. Ada yg mahu dinyalakan api, ada yg mengesyorkan ditiup trumpet. Ada yg mengesyorkan dipalu loceng. Ada yg mengesyorkan supaya diseru As-Solah..
Nabi menolak semua terutama yg mengesyorkan supaya dinyalakan api, ditiup trumpet dan dibunyikan loceng kerana ketiga2 cara itu adalah cara2 org Majusi, org Yahudi dan org Nasrani memanggil penganut mereka beribadat.
Yg Nabi setuju buat masa itu adalah yg mengesyorkan supaya digunakan perkataan As-Solah kerana ianya sesuai dgn ruh Islam.
Sahabat yg mengesyorkan seruan kpd sembahyang jemaah dipanggil dgn As-Solah dan disetuju oleh Nabi itu ialah Umar bin al-Khattab. Kemudian Nabi memanggil Bilal bin Rabah dan berkata padanya:
''Wahai Bilal! Bangunlah, panggilan dgn As-Solah''
Apabila tiba waktu sembahyang Bilal menyeru dgn kalimah:
''As-Solatul Jamiah, As-Solatul Jamiah'' yg bermaksud ''marilah mendirikan sembahyang secara beramai-ramai (berjemaah).
Tetapi, beberapa hari kemudian, ada seorg sahabat Nabi dr kalangan Ansar bernama Abdullah bin Zaid, anak kepada Nasibah binti Kaab telah bermimpi melihat 2 org sedang bercakap-cakap perkara berkaitan dgn azan. Salah seorg drpdnya ada membawa loceng di tgn. Lalu kawannya bertanya kpdnya:
''Apakah yg hendak engkau perbuat dgn loceng itu??''
Dia menjawab utk memanggil org mengerjakan sembahyang di masjid secara berjemaah. Lalu sahabatnya itu mengajar tentang cara2 mangajak org sembahyang. Dibacanya kalimah azan seperti yg diamalkan oleh setiap umat Islam sekarang. Abdullah bin Zaid mendengar dan mengingati setiap patah kalimah yg diajarkan oleh org itu kpdnya.
Kemudian org itu mengajar pula kpd Abdullah, apabila mahu mendirikan sembahyang hendaklah membaca kalimah iqamat seperti yg diamalkan oleh umat Islam sekarang.
Abdullah bin Zaid memberitahu kpd Nabi tentang mimpinya itu. Nabi mengatakan bahawa mimpinya itu benar, InsyaAllah. Nabi menyuruh Abdullah bin Zaid mengajar kalimah2 azan itu kpd Bilal bin Rabah. Sabda Nabi kpd Abdullah bin Zaid:
''Berdirilah! Pergilah (dan ajarkanlah) kpd Bilal, kerana suaranya lebih nyaring dan lebih panjang. Ajarkanlah kpd Bilal segala yg diajarkan oleh lelaki itu kpdmu. Dan hendaklah Bilal menyeru org bersembahyang dgn cara itu''.
Ketika Bilal bin Rabah mengumandangkan azan utk pertama kali itu, lantas bergegaslah Umar bin al-Khattab berlari2 mengadap Nabi memberitahu baginda bahawa dia juga telah bermimpi semalam ada org yg mengajarnya kalimah2 seperti yg diucapkan oleh Bilal bin Rabah itu. Nabi Menjawab:
''Segala puji adalah bagi Allah. Maka yg demikian itulah yg lebih tetap''.
Juru Azan Nabi:
Ada seramai 4 org juru azan Nabi iaitu seorg di Mekah. Namanya Abu Mahzurah (nama sebenarnya Aus bin al-Mughirah al-Jumahi). Di Quba' ialah Sa'ad bin Qirat, bekas hamba kpd Ammar bin Yassir. Manakala 2 lagi di Madinah iaitu Bilal bin Rabah kerana suaranya yg lantang dan Abdullah bin Ummi Maktum, seorang buta...
Solat bukan untuk Allah

Solat bukan untuk Allah tapi solat kerana Allah
Solat atau sembahyang itu untuk siapa sebenarnya?
Adakah dgn menunaikan solat Allah akan menjadi lebih berkuasa dan lebih agung?
Adakah sama seperti parti politik yg mendapat kuasa bilamana rakyat mengundi mereka semasa pilihanraya? Manusia sebenarnya tidak sedar yg meninggalkan solat ataupun bersolat tanpa kualiti (tidak fokus atau khusyuk) sebenarnya membuat manusia menuju kemusnahan?
Manusia lebih percaya kepada sesuatu yg nyata, yg realiti, seperti manusia yg mengikut kata2 penceramah politik dan percaya dgn janji2 yg dikotakan ataupun mendapat "imbuhan" dari mana2 pihak sebelum mengundi, baru mereka akan membuat pilihan untuk mengundi mereka atau tidak. Manusia juga menyamakan mengundi dgn solat.
Bila kita melihat cara manusia berdepan dgn Allah, walaupun telah Allah janjikan byk nikmat2 bg mereka yg patuh pada perintahnya tetapi disebabkan tidak percaya (iman) sepenuhnya yg Allah itu maha berkuasa, manusia makin lama makin menjauhi Allah samada bila yg dipohon tidak dapat ataupun tanpa solat pun sudah mendapat nikmat dunia. Ada yg dulunya rajin sembahyang semakin malas, kalau sembahyang pun tidak ikhlas, untuk mengampu, untuk menunjuk2, hanya seminggu sekali sahaja malah ada yg sudah rasa tidak perlu lagi sembahyang.
Bila jawatan sudah ada, jaminan kerja dan gaji bulanan sudah tetap, bila kuasa sudah ada ditangan, bila diri ramai penyokong, buat apa aku perlu sembahyang lagi? Rata2 menjadikan alasan kehidupan moden amat sibuk menyebabkan tiada masa atau peluang untuk bersolat. Sebenarnya semakin manusia menjauhi sembahyang semakin manusia bersifat negatif menuju kehancuran, memang secara kasar bukan diri sendiri yg hancur tetapi umat manusia secara keseluruhan.
Solat sebenarnya merawat prefontal cortex atau nama lainnya frontal lobe, bahagian depan yg otak yg sebenarnya bahagian yg berfikir. Menguasai 30 hingga 40% dari keseluruhan otak, frontal lobe adalah bahagian yg menjalankan fungsi eksekutif, CEO bagi minda, yg menganalisa, memilih, memikir semua kebarangkalian, kemungkinan dan juga akibat dr tindakan2 tertentu lebih menyeluruh bukan setakat kepentingan diri sendiri tetapi kepentingan seluruh masyarakat, lebih bersimpati. Frontal lobe juga menbolehkan kita fokus dalam melakukan sesuatu, baik belajar ataupun untuk mengejar cita2 tertentu. Frontal lobe yg lemah memberi byk kesan buruk pada manusia, lebih bersikap kehaiwanan dan mementingkan diri sendiri. Bukankah ini yg terjadi dizaman yg serba moden dan materialistik ini?
Bagaimana solat merawat otak? Fokus atau khusyuk.. itu jawapannya. Jika kita bertekad untuk cuba fokus pada bacaan, pada makna bacaan tersebut, saat itu sebenarnya kita melatih frontal lobe, seperti masuk gymnasium mengangkat berat untuk melatih otot2 tertentu. Sujud pula menyalurkan darah kebahagian tersebut yg begitu dahagakan oksigen disebabkan aktiviti fokus tadi. Jadi jika diulang2 lama kelamaan bahagian otak depan kita ini akan lebih kuat, dan bila lebih kuat kita akan lebih fokus dan boleh berfikir dgn lebih sempurna.
Sebab itu ada yg menunaikan solat tetapi tetap melakukan kemungkaran, mereka ini selalunya adalah golongan yg tidak khusyuk, sama seperti pergi ke gymnasium dan hanya melihat sahaja "dumbell" tersebut kemudian tertanya2 "aku dah pergi gym tapi mengapa otot tak besar2 jugak". Manusia sebegini mengharapkan dosa2nya akan diampunkan dgn bersolat, tetapi ini hanya akan menjadi putaran "loop" yg berulang2, solat, mungkar, solat mungkar. Jadi bila bukan islam melihat muslim yg sembahyang tetapi berbuat dosa, jatuhlah maruah Islam itu sendiri. Tersenyum sinislah mereka ketika kita cuba menyebarkan syiar Islam.
Sebab itulah sembahyang yg diterima hanyalah sembahyang yg khusyuk kerana ia merawat frontal lobe dan Allah juga berfirman yg manusia amat hampir kepadaNya ketika sujud (Al-Alaq 96:19). Manusia akan tetap hidup seperti biasa walaupun prefrontal cortex yg lemah kerana manusia boleh hidup tanpa berfikir. Berjalan, berlari, memandu, menyiapkan kerja dipejabat ataupun apa sahaja perbuatan2 rutin kerana pada asasnya itu adalah melalui memori (fungsi bahagian otak yg lain). Memori samada dr pembelajaran, persekitaran dan pemerhatian. Yg bahaya sekali adalah pemerhatian melalui tv, ia adalah alat pemukau yg paling berkesan. Seorang artis memakai fesyen2 tertentu sudah cukup untuk mengubah peminat seluruh negara mengikut caranya, jika baik alhamdulilah, jika tidak? Lihat sahaja kesan buruknya. Mengapa? Kerana ramai yg membuat keputusan mengikut rasa dan bukannya mengikut akal dan fikiran sebenarnya.
Bagaimana mengambil keputusan mengikut rasa? Ramai manusia selalu menyebut "aku rasa tak sedap la", "rasa semacam je badan aku ni", "rasa sedih la...", "eeii, meluat rasanya baca tulisan mamat ni", semuanya ikut rasa dan bukan ikut fikiran. "Rasa" ini sebenarnya adalah adalah rembesan dr neurochemical or peptide" yg dirembeskan oleh otak bilamana manusia mengalami sesuatu dan ini memberi kesan kepada sel2 badan. Jadi bila ambil keputusan ikut rasa sebenarnya tak berfikir. Sebab itu manusia terus melakukan dosa kerana "rasa", contohnya bila rasa "sedap" bila selalu duit mudah melalui rasuah, amatlah sukar untuk diubah kerana selalu ber"fikir" ikut rasa, bukan ikut akal.
Solat adalah salah satu cara boleh mengalihkan diri kita dari mengambil keputusan mengikut rasa, keputusan yg berfikir. Keputusan yg lebih menyeluruh mengambil semua kebarangkalian termasuk kesan kepada masyarakat dan persekitaran. Solat untuk kebaikan manusia itu sendiri sebenarnya, sesuai untuk kehidupan manusia, baik dari zaman nabi hinggalah ke hari kiamat. Semakin manusia meninggalkan solat semakin itu dunia menuju kehancuran, tidak perlu kiamat, kehidupan bg sesetengah manusia sekarang sudah seperti di neraka tetapi tidak pernah terfikirkah mereka mengapa?
Solat itu kerana Allah tetapi bukan untuk Allah, untuk kebaikan manusia itu sendiri. Walaupun tiada seorang pun manusia yg menunaikan solat, Allah akan tetap agung, tidak berkurangan zat2 Allah itu. Patuhnya kita menunaikan solat itu tanda bersyukur dan berterimakasih kepadaNya lantaran menambahkan lebih lagi nikmat dr sumber yg tidak disangka-sangka. Tetapi nikmat sembahyang itu hanya boleh dirasai bg yg benar2 ikhlas & fokus/khusyuk didalam sembahyangnya.
Teramat benarlah apa yg dilaungkan oleh bilal ketika azan.. Haiya alal falah.. Marilah menuju kejayaan, iaitu kejayaan dunia dan akhirat.
Rahsia solat diwajibkan

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)
Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.
Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)
Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)
Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)
Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)
Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)
Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.
Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.
Khusyuk solat

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :
1. Sentisa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengigati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan ALLAH yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH yang melihat segala gerak – geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir,membaca surah al-Nas,selawat atas Nabi SAW, istigfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuhmempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
Sejarah solat 5 waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana
solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i)Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduham melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
*taken from my friends's blog
15 Kelebihan Sujud

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelvis.
9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10.Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran
perjalanan darah.
11.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.(Convulsions).
14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
15.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.
Friday, December 11, 2009
Cecah dahi ke sejadah

Bagi siapa yg suka mdengar radio ikim mesti biasa dengar kn...
hayatilah dgn hati...
Cecah dahi ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu
dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu
diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu
disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu
ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas
lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu
Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu
dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat
sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk
dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam
baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu
disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang
menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu
ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu
diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak
menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah
seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air
yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak
bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta,
tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di
dunia