Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.
"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.
Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;
"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."
"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.
Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.
"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.
"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.
Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.
Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.
Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.
Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.
Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.
"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.
"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.
"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.
"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.
"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.
Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.
--------------------------------------------------------------------------------
Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang abadi di akhirat. InsyaAllah.
Maksudnya : Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(sehingga ke akhir ayat) ~ Surah al-Baqarah ayat 286.

* Kisah ini dipetik daripada buku Syaitan Musuh Kita, Tak Kenal Maka Tak Benci karangan Haji Badrul Hisham dan Zakaria Sungip (mukasurat 26-27).
*moral of the story : sabar..sabar & sabar =P
Tuesday, March 02, 2010
Contoh kesabaran
Friday, February 05, 2010
Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata.
Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.
Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
www.iLuvislam.com
oleh: ibn_khaldun009
Tuesday, December 29, 2009
Daddy kucing

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W
Hanya nk berkongsi sesuatu
Sejak kecil apabila mengetahui kisahnya yg begitu menyayangi kucing
Buat diri ini meminati sahabat Rasulullah S.A.W ini
Pasti ramai yg familiar kan & dpt teka siapa
Abu Hurairah = bapa kucing
Asal usul gelaran Abu Hurairah:
Kerana kegemaran beliau bermain dengan kucing
Apabila siang, beliau akan membawa kucing beliau berjalan jalan
Dan apabila malam menjelma , beliau meletakkan kucing tersebut di atas pokok
Sahabat Rasulullah S.A.W ini biasaNnya berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam tahun Hijrah), mengisi malam harinya dengan membaca al-Quran dan solat tahajud. Akrab dengan kemiskinan. Dia sering mengikatkan batu ke perutnya untuk menahan lapar. Dalam sejarah, beliau dikenal sebagai tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis. Beliaulah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah). Begitu orang mengenalnya.
"Aku sudah dengar pergembaraan kalian. Kata kalian, Abu Hurairah terlalu banyak meriwayatkan hadis Nabi. Padahal, para sahabat Muhajirin dan Ansar sendiri tidak ada yang meriwayatkan hadis Nabi s.a.w sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Hurairah. Ketahuilah, saudara-saudaraku daripada kaum Muhajirin yang disibukkan dengan perniagaan mereka di pasar. Sementara saudara-saudaraku daripada kaum Ansar disibukkan dengan kegiatan pertanian mereka. Dan aku seorang fakir, termasuk golongan kaum miskin suffah (yang tinggal di wakaf masjid). Aku tinggal dekat Nabi untuk mengisi perutku. Aku hadir (di samping Nabi) ketika mereka tidak ada, dan aku selalu mengingat-ingat ketika mereka melupakan."
Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat akrab dengan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dikenal sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu golongan fakir yang tinggal di wakaf masjid (pondok ini juga diperuntukkan bagi para musafir yang ingin bermalam). Begitu rapatnya beliau dengan Nabi s.a.w, sehingga baginda selalu memanggil Abu Hurairah untuk mengumpulkan ahli suffah, jika ada makanan yang hendak diagihkan.
Oleh sebab keakraban itu, Nabi s.a.w pernah mengamanahkannya menjaga gudang penyimpan hasil zakat. Pada suatu malam terdapat seorang lelaki menghendap-hendap hendak mencuri. Pencuri itu ditangkap oleh Abu Hurairah.
"Ampun, tuan. Kasihani saya," rayu pencuri. "Saya mencuri untuk keluarga saya yang kelaparan."
Hati Abu Hurairah begitu tersentuh, maka dilepaskannya pencuri itu. "Baik, tapi jangan kamu ulangi perbuatanmu ini." Keesokan harinya, beliau melaporkankejadian itu kepada Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w tersenyum sambil berkata, "Lihat saja, malam nanti pasti dia kembali lagi."
Memang benar, pada malamnya pencuri itu datang lagi. "Sekarang kamu tidak akan kulepaskan lagi." Sekali lagi, lelaki itu merayu. Bagaimanapun, ketika perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah, baginda menyatakan hal yang sama. "Lihat saja, orang itu akan kembali malam nanti."
Ternyata pencuri itu benar-benar datang semula. "Apapun yang kamu katakan, jangan harap kamu dapat bebas. Sudah dua kali kulepaskan kamu, kamu tidak serik-serik juga."
Pencuri itu terus berkata, "Abu Hurairah, sebelum kamu tidur, bacalah ayat kursi agar syaitan tidak menggangu kamu."
Seperti terasa menerima pelajaran baru dan berharga, Abu Hurairah berasa terharu. “Ah, ternyata lelaki ini daripada golonganyang baik-baik,” fikirnya.
"Apa yang dikatakan orang itu memang benar," kata Rasulullah ketika Abu Hurairah melaoprkan kejdian itu pada keesokan harinya. "Tapi orang itu bukan orang baik-baik. Dia adalah syaitan. Dia berkata begitu supaya kamu melepaskannya.”
MENGIKAT BATU DI PERUT
Abu Hurairah adalah salah seorang tokoh kaum fakir. Beliau sering berada dalam keadaan kelaparan. Beliau terkenal sebagai tokoh yang teguh berpegang pada sunah Nabi s.a.w. Beliau sering menasihati orang agar jangan hanyut dalam kehidupan duniawi dan dorongan hawa nafsu. Beliau tidak membezakan antara golongan kaya dengan golongan miskin, pembesar negeri atau rakyat jelata dalam menyampaikan kebenaran. Beliau selalu bersyukur kepada Allah sama ada di dalam keadaan susah mahupun senang.
Nama lengkapnya Abdul Rahman (versi lain: Abdul Syams) ibn Shakhr Ad-Dausi ini juga terkenal sebagai seorang yang periang dan suka berlawak. Beliau banyak menulis anekdot. Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang suka menghibur anak-anak kecil. Beliau menyayangi anak-anak kucing. Ke mana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan membawa haiwan ini sehingga julukan Abu Hurairah (bapa kucing kecil) pun melekat padanya.
Usianya lebih muda 30 tahun daripada Rasulullah s.a.w. Beliau lahir di Daus, sebuah perkampungan miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah-tengah kabilah Azad, beliau menjadi yatim sejak kecil - yang membantu ibunya menjadi penggembala kambing.
Beliau memeluk Islam tidak lama setelah berhijrah ke Madinah pada tahun ketujuh Hijrah, bersamaan dengan rancangan keberangkatan Nabi s.a.w ke medan Perang Khaibar. Bagaimanapun, ibunya enggan memeluk Islam. Malah ibunya pernah menghina Nabi s.a.w. Hal ini membuatkan Abu Hurairah berasa sedih. Oleh sebab itu, beliau memohon kepada Rasulullah agar berdoa moga-moga pintu hati ibunya terbuka untuk memeluk Islam. Tidka berapa lama Abu Hurairah kembali menemui ibunya, memujuk ibunya memeluk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadah.
BURUH KASAR
Abu Hurairah berhijrah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana dia melakukan pelbagai pekerjaan - menjadi buruh kasar bagi sesiapa yang memerlukan tenaganya. Seringkali beliau terpaksa mengikatkan batu ke perutnya bagi menahan kelaparan yang bukan kepalang.
Menurut riwayat, beliau pernah berbaring berhampiran mimbar masjid. Gara-gara perbuatan aneh itu, orang menganggapnya tidak siuman. Mendengar ´cakap-cakap´ di kalangan sahabat ini, Nabi s.a.w segera menemui Abu Hurairah. Abu Hurairah mengatakan bahawa beliau tidak gila, hanya menahan lapar. Nabi s.a.w pun segera memberinya makanan.
Pernah juga beliau mengikatkan batu ke perutnya dan dia duduk di tepi jalan, tempat orang ramai lalu lalang. Kemudian beliau melihat Abu Bakar al-Siddiq melintas di hadapannya. Lalu neliau meminta Abu Bakar membaca sepotong ayat l-Quran. "Aku memintanya berbuat begitu supaya dia mempelawaku mengikutnya, memberiku pekerjaan," kata Abu Hurairah. Bagaimanapun, Abu Bakar cuma membacakan ayat, kemudian berlalu.
Kemudian beliau melihat Umar al-Khattab. "Tolong ajar aku ayat al-Quran," kata Abu Hurairah. Beliau terus menahan kekecewaan kerana Umar berbuat hal yang sama. Tidak lama kemudian lama kemudian Nabi s.a.w melintas di hadapannya. Rasulullah tersenyum. "Baginda tahu apa isi hatiku. Baginda dapat membaca raut wajahku dengan tepat,” kata Abu Hurairah.
"Ya Abu Hurairah!" sapa Rasulullah.
"Labbaik, ya Rasulullah!"
"Ikutlah aku!"
Baginda mengajak Abu Hurairah ke rumahnya. Abu Hurairah mendapati beberapa bekas yang berisi debngan susu.
"Tolong panggilkan ahli suffah," kata Nabi s.a.w. Susu tersebuti lalu dibahagi-bahagikan kepada ahli suffah, termasuk Abu Hurairah. Sejak itulah, Abu Hurairah mengabdi kepada Rasulullah, bergabung dengan ahli suffah di wakaf masjid.
Sebaik pulang dari Perang Khaibar, Nabi Muhammad s.a.w mengetuai kerja-kerja pembesaran Masjid Nabawi, iaitu ke arah barat dengan menambah tiga ruang lagi. Abu Hurairah turut terlibat pula dalam kerja-kerja tersebut Ketika dilihatnya Nabi s.a.w turut mengangkat batu, Abu Hurairah meminta agar baginda menyerahkan batu itu kepadanya. Nabi s.a.w menolak sambil bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."
Abu Hurairah amat menyayangi Rasulullah sehingga pada suatu tahap beliau bersedia untuk ´dipukul´ oleh Nabi s.a.w ´kegelojohannya´ mendapatkan makanan yang lazat. "Kerana Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.
Begitu cintanya beliau kepada Rasulullah sehingga sesiapa pun yang disayangi oleh Nabi s.a.w, beliau turut menyayanginya. Misalnya, ia suka mencium Hasan dan Hussain kerana beliau selalu melihat Rasulullah mencium kedua-dua cucu baginda itu.
Terdapat sebuah cerita menarik berhubung kehidupan Abu Hurairah dan masyarakat Islam zaman itu. Meskipun Abu Hurairah seorang fakir, salah seorang majikannya yang kaya menikahkan puterinya, Bisrah binti Gazwan, dengan Abu Hurairah. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah persepsi manusia daripada membezakan kelas kepada persamaan. Abu Hurairah dipandang mulia kerana kealiman dan kesalihannya. Perilaku Islami telah memuliakannya, lebih daripada kemuliaan pada masa Jahiliah yang memandang status kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.
Sejak menikahi puteri majikannya itu, Abu Hurairah membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: pertama, untuk membaca al-Quran.Kedua, untuk tidur dan bersama keluarga. Dan ketiga, untuk mengulangkaji hadis-hadis yang diriwayatkannya. Meskipun kemudianya beliau dan keluarganya menjadi orang berada namun beliau tetap memilih hidup secara sederhana. Beliau suka bersedekah, menjamu para tamu, bahkan mewakafkan rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.
MENOLAK JAWATAN
Ketika Umar Al-Khattab menjadi Khalifah, Abu Hurairah diangkat menjadi Gabenor Bahrain. Bagaimanapun, pada 23 Hijrah,i Umar memecatnya gara-gara gabenor menyimpan wang yang banyak (menurut satu versi, hinga 10,000 dinar). Di dalam proses penggantungan jawatan, Abu Hurairah mengemukakan bukti bahawa harta itu diperolehnya daripada hasil menternak kuda dan pemberian orang. Khalifah menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu beliau diminta menjawat jawatan gabenor semula, namun beliau menolak.
Penolakan itu dilakukannya berdasarkan lima alasan. "Aku takut berkata-kata tanpa ilmu pengetahuan; aku takut memutuskan perkara yang bertentangan dengan hukum (agama); aku tiodak mahu difitnah; aku tidakmahu harta benda hasil jerih payahku dirampas; dan aku takut nama baikku tercemar," karanya. Beliau memilih tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudah Umar.
Tatkala kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-Fitnatul Kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan Ansar mengawal rumah tersebut dengan rasa tata setia yang tidak berbelah bahagi terhadap khalifah.
Pada era pemerintahan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib, Abu Hurairah ditawar menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, beliau menolak. Ketika terjadi persengketaan antara Saidina Ali dengan seterunya, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abu Hurairah mengambil keputusan untuk bersikap neutral. Hinggalah era Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, terdapat versi lain mengatakan, Marwan bin Hakam merupakan orang yang memujuk Abu Hurairah bertugas sebagai pembantunya di pejabat gabenor Madinah. Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) inilah Abu Hurairah nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun. Beliau meninggalkan warisan yang amat berharga, iaitu sejumlah 5374 hadis Nabi Muhammad s.a.w, bak butiran mutiara yang memancarkan kilauan cemerlang sehingga ke hari ini.
Siti Khadijah binti Khuwalid

Wahai muslimah jadilah seperti beliau..
Nama indah yang diberi ialah Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Seorang bangsawan yang sangat masyhur di Mekadan dan sangat kaya raya. Siti Khadijah berasal dari keturunan Asadiyah. Salah satu keturunan dalam Quraisy.DImana keturunan yang ramai orang hormati dan segani.
Siti Khadijah didik atau ditarbiyah dengan sempurna oleh ibu dan ayahnya.Apa yang ibu dan ayahnya ajarkan, tiada menolak atau ingkar tetapi menurutnya dengan taat dan setia.Walaupun Siti Khadijah ini merupakan seorang wanita yang kaya, dia tetap berperilaku seperti manusia biasa. Zuhud dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Beliau tidak sesekali riak dengan apa yang beliau miliki. Subhanallah. Apabila orang melihat perwatakannya yang tidak riak, sombong dan sebagainya, ramai menggelarnya sebagai Al Tahirah. Wanita Suci.
Di zaman alam pernikahannya, beliau pernah mengahwini dengan dua orang lelaki sebelum mengahwini Rasulullah saw. Kedua-dua lelaki tersebut telah pun meninggal dunia sebelum bertemu kasih dengan Rasulullah saw. Alhamdulillah, dengan usianya yang lanjut iaitu sekitar 40 tahun, dengan izin Allah swt, beliau bernikah dengan Rasulullah saw dan ketika itu Rasulullah saw berumur hanya 25 tahun. Siapa sangka Siti Khadijah yang telah berusia lanjut menjadi pilihan hati Rasulullah saw. Tetapi bukan usia atau simpati Rasulullah saw memilih Siti Khadijah sebagai permaisuri hatinya tetapi disebabkan akhlak dan perwatakannya sebagai wanita solehah.
Dengan kehadiran Siti Khadijah disisi Rasululah saw, keluarga mereka tiada pergaduhan, berkelahi dan sebagainya,Siti Khadijah amat bijak sekali di dalam menguruskan segala hal di dalam keluarga mereka. Umpama angin dingan ditepi pantai. Sejuk, aman dan damai. Kerana keistimewaannya yang tersendiri, beliau digelar sebaai 'Ummul Mukminin'.
Beliau sangat pandai dalam berniaga. Sebelum bertemu kasih dengan Rasulullah saw, beliau telah berjaya membuat perniagaannya sehingga terkenal dan masyhur. Pada suatu hari, kerana beliau percayakan sikap dan tanggungjawab Rasulullah saw, tanpa berfikir panjang, beliau menyerahkan perniagaannya kepada Rasulullah saw untuk menguruskannya. Rasulullah saw tersangatlah..tersangatlah berbudi orangnya, lemah lembut, santun katanya..Subhanallah..Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana ciri-ciri Rasulullah saw ini, telah membuatkan hati Siti Khadijah semakin lama semakin rindu dan akhirnya jatuh cinta serta tanpa segan silu beliau meluahkan apa yang terpendam di hatinya untuk menyatakan hasratnya bahawa beliau ingin menikahi Rasulullah saw. Allahu Robbi.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Siti Khadijah bersama Rasulullah saw hanya selama 24 tahun dan meninggalkan 6 orang anak. Beliaulah satu-satunya isteri Rasulullah ketika itu.
Tidak semuanya sukacita di dalam kehidupan Siti Khadijah r.a Semasa mengikuti Rasulullah saw semasa berdakwah, beliau juga mempunyai hati ibu yang kasihkan anak dan sedih apabila kehilangan dua orang anaknya, Kasim dan Abdullah.Kerana sebak di dada dan memori bersama-sama dengan mereka berdua, tidak tahan hatinya menahan rindu. Sehinggakan beliau dan Rasulullah menangis kerana rindukan mereka berdua. Hanya melalui airmata . Setiap airmata yang mengalir, mempunyai pelbagai cerita dari hati yang sebak dan kasih sayang dari seorang ibu dan juga dari seorang ayah.
Rasulullah saw sentiasa bertafakur di Gua Hira'. Dan setiap kali beliau hendak ke sana,Rasulullah akan membawa bekalan yang disiapkan oleh isteri tercintanya iaitu,Siti Khadijah r.a. Sekiranya bekalannya habis, beliau akan tawaf di mekah dahulu kemudian baru berjumpa dengan isteri solehah nya.
Isterinya tidak pernah merasai apa-apa atau syak apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Beliau sentiasa memahami suami solehnya itu. Cukuplah bagi dirinya apabila melihat ketenangan melalui Rasulullah saw apabila dirinya berusaha agar Rasulullah saw sentiasa mendapat munajat dan ketenangan dari Ilahi.Setiap kali Rasulullah saw pulang ke pangkuannya, Siti Khadijah akan menyambut kepulangan Rasulullah dengan penuh kemesraan, kasih sayang dan dengan hormat. Beliau tidak pernah menunjukkan wajahnya yang letih, masam atau seumpamanya. Beliau sentiasa gembira dan ceria bersama kekasihnya itu.
Disebabkan sikapnya dan layanannya itulah, membuatkan Rasulullah saw merinduinya dan sedih apabila beliau meninggal dunia sekitar pada umur 64 tahun. Rasulullah saw sebak dan menangis kerana bukan sahaja beliau menganggap Siti Khadijah sebagai isteri yang solehah, tetapi beliau telah menggangap isterinya sebagai teman yang setia, kawan bersamanya apabila berdukacita, pembantu susah dan senang, pembela dijalan dakwahnya serta lain-lain lagi.
*Inilah dia Siti Khadijah yang masyhur. Semoga semua muslimah mengambil iktibar dan contohilah akhlaknya. Insya Allah. Sentiasalah husnul zhonn di dalam sesuatu perkara.
Wednesday, December 16, 2009
Saidina Bilal r.a & Rasulullah S.A.W

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.
Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.
Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.
Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”
Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.
Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.
‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.
Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.
Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.
Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.
(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)
Pesan Hassan al-Banna
“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”
‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’
Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.
~~~Ajarlah anak cintakan Rasul~~~