Wednesday, December 30, 2009

Bacalah

Apabila Al quran Berkata

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau,..... engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali...
bacalah aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

************************************************************************

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Lelaki yg diimpikan bidadari

Terima seadanya

Seorang lelaki dan kekasihnya berkahwin dan majlis mereka sungguh megah.

Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa meriahnya.

Mempelai wanita begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin pria dalam tuxedo hitam yang gah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.

Beberapa bulan kemudian, sang isteri berkata kepada suaminya, "Abang, sayang baru membaca sebuah artikel di majalah tentang bagaimana memperkukuh tali pernikahan" katanya sambil menghulurkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatat hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita”.

”Kemudian, kita akan membahas bagaimana merubah hal-hal tersebut dan membuat hidup pernikahan kita bersama lebih bahagia....." Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tempat tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka. Besok pagi ketika sarapan, mereka siap membincangkannya. "Sayang mulakan dulu ye abang", kata sang isteri. Ia lalu mengeluarkan kertasnya.

Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 halaman... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahwa airmata suaminya mulai mengalir.....

"Maaf, apakah sayang perlu berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan..." jawab suaminya.

Lalu sang isteri meneruskan pembacaanya yang telah dicatat di atas kertas, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis diatas meja dan berkata dengan bahagia "Sekarang abang bacakan apa yang telah abang tulis ye".

Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun di kertasku. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna, dan abang tidak ingin merubahmu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satupun dari peribadimu yang kurang di pandanganku.... "

Sang isteri tersentak dan tersentuh oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...

Ia menunduk dan menangis.....

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, tertekan, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan,kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan benda yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita ? Ana percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Kalam Allah

Terdapat tiga kewajipan utama kita terhadap al-Qur’an:
a) Membaca al-Qur’an dengan tartil (tersusun)
b) Menghayati bacaan al-Qur’an
c) Menjadikan al-Qur’an sumber petunjuk dalam kehidupan dan amalan seharian.

Membaca al-Qur'an bukanlah sekadar untuk mencari ganjaran dan pahala membacanya sahaja (satu huruf sepuluh pahala) sebagaimana yang digambarkan oleh sesetangah orang, bahkan ganjarannya yang hakiki adalah dengan mempraktikkan al-Qur'an dan berpegang teguh dengan ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu nescaya Allah pasti akan melihat amalanmu, dan begitu juga Rasul dan orang-orang yang beriman (pasti mereka juga akan melihat amalanmu). (At-Taubah:105)

Sabda Nabi s.a.w.:

«اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرأه»

Maksudnya: Bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an dapat mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka jika (kamu membacanya dan) ia tidak mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka kamu sebenarnya tidak membaca al-Qur'an (dengan bacaan yang hakiki) -hadis hasan li ghoirihi-

Bagaimanakah cara untuk kita mendapat faedah daripada al-Qur'an agar al-Qur'an dapat dipamerkan dalam kehidupan dan amalan seharian?
Caranya:
-Pertama, kita hendaklah terlebih dahulu mendengar bacaan ayat al-Qur'an sama ada yang dibaca oleh kita sendiri ataupun orang lain.
- Kedua, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk memahami maknanya (contohnya dengan membaca buku tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada para guru @ Ulama').
- Ketiga, kita hendaklah beramal dengan al-Qur'an (melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya) dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.

- Firman Allah s.w.t.:

(فَبَشِّرْ عِبَادِ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ)

Maksudnya: Maka berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu mereka yang mendengarkan sesuatu perkataan, lalu mereka mengikuti perkataan yang terbaik, mereka itulah yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Az-Zumar:17-18)

- Ini bermakna, orang yang mendengar ayat al-Qur'an hendaklah memahaminya dan beramal dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an, KERANA pembacaan dengan penghayatan dapat menjangkau hati, lalu menggetarkan perasaan dan memberi kesan kepada jiwa.

Oleh itu, al-Qur'an hendaklah dibaca dengan penuh penghayatan, pemahaman, penelitian, dan kesedaran, kerana dengan cara inilah kita dapat memberikan bacaan al-Qur'an haknya serta maknanya yang sebenar, sebagaimana firman Allah s.w.t.

(الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ)

Maksudnya: Mereka itulah yang kami berikan kepadanya al-Kitab (al-Qur'an), mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan.(Al-Baqaroh:121)

Sayyidina Ali r.a. (wafat 40H) berkata:

"لا خير في عبادة لا فقه فيها، ولا في قراءة لا تدبر فيها، وإياك أن تصير مشغوفاً بعدد الختمات على نفسك، فلأنْ تُرَدِّدَ آية واحدة ليلة خيرٌ لك من ختمتين".

Maksudnya: Tiada kebaikan dalam ibadah yang dilakukan tanpa sebarang kefahaman, begitulah juga tiada kebaikan dalam bacaan al-Quran yang dibaca tanpa sebarang penghayatan. Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menyukai berapa banyaknya bilangan kamu mengkhatamkan (menghabiskan) al-Qur'an, ketahuilah bahawa jika kamu dalam satu malam hanya mengulang-ulang satu ayat al-Qur'an (dengan penghayatan) adalah lebih baik daripada kamu mengkhatamkan al-Qur'an dua kali (tanpa penghayatan).

اللهم اجعل القرءان لي في الدنيا قرينا وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا وعلى الصراط نورا وفي الجنة رفيقا ومن النار سترا و حجابا

"Ya Allah,jadikanlah al-Quran itu bagiku sebagai perhubungan di dunia, dan di qubur pula sebagai teman yang jinak, dan di hari Qiamat pula sebagai pelindung, dan di titian sirat pula sebagai cahaya penyuluh dan di syurga pula sebagai teman yang setia, dan dari api neraka sebagai penghalang dan pendinding.."
Amiin...

Ladang akhirat

" Ad-dunya mazra’atulakhirah " maksudnya dunia adalah ladang ahkirat

Jangan persiakan dunia yg anda diami sekarang..gunakan sebaik mungkin untuk melakukan perintah Allah & menjauhi laranganNYA

Tempat yg terakhir

"Aku tidak menangis kerana dunia ini, tetapi kerana jauhnya perjalananku dan sedikitnya bekalanku. Aku berjalan mendaki, tempat akhirnya adalah syurga dan neraka, aku tidak tahu di antara keduanya di mana aku dimasukkan." Abu Hurairah r.a. (Ibnu Mubarak, Az-Zuhd, 38, Siyar, 2/578)

Tuesday, December 29, 2009

Daddy kucing

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W

Hanya nk berkongsi sesuatu
Sejak kecil apabila mengetahui kisahnya yg begitu menyayangi kucing
Buat diri ini meminati sahabat Rasulullah S.A.W ini
Pasti ramai yg familiar kan & dpt teka siapa
Abu Hurairah = bapa kucing

Asal usul gelaran Abu Hurairah:
Kerana kegemaran beliau bermain dengan kucing
Apabila siang, beliau akan membawa kucing beliau berjalan jalan
Dan apabila malam menjelma , beliau meletakkan kucing tersebut di atas pokok

Sahabat Rasulullah S.A.W ini biasaNnya berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam tahun Hijrah), mengisi malam harinya dengan membaca al-Quran dan solat tahajud. Akrab dengan kemiskinan. Dia sering mengikatkan batu ke perutnya untuk menahan lapar. Dalam sejarah, beliau dikenal sebagai tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis. Beliaulah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah). Begitu orang mengenalnya.

"Aku sudah dengar pergembaraan kalian. Kata kalian, Abu Hurairah terlalu banyak meriwayatkan hadis Nabi. Padahal, para sahabat Muhajirin dan Ansar sendiri tidak ada yang meriwayatkan hadis Nabi s.a.w sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Hurairah. Ketahuilah, saudara-saudaraku daripada kaum Muhajirin yang disibukkan dengan perniagaan mereka di pasar. Sementara saudara-saudaraku daripada kaum Ansar disibukkan dengan kegiatan pertanian mereka. Dan aku seorang fakir, termasuk golongan kaum miskin suffah (yang tinggal di wakaf masjid). Aku tinggal dekat Nabi untuk mengisi perutku. Aku hadir (di samping Nabi) ketika mereka tidak ada, dan aku selalu mengingat-ingat ketika mereka melupakan."

Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat akrab dengan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dikenal sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu golongan fakir yang tinggal di wakaf masjid (pondok ini juga diperuntukkan bagi para musafir yang ingin bermalam). Begitu rapatnya beliau dengan Nabi s.a.w, sehingga baginda selalu memanggil Abu Hurairah untuk mengumpulkan ahli suffah, jika ada makanan yang hendak diagihkan.

Oleh sebab keakraban itu, Nabi s.a.w pernah mengamanahkannya menjaga gudang penyimpan hasil zakat. Pada suatu malam terdapat seorang lelaki menghendap-hendap hendak mencuri. Pencuri itu ditangkap oleh Abu Hurairah.

"Ampun, tuan. Kasihani saya," rayu pencuri. "Saya mencuri untuk keluarga saya yang kelaparan."

Hati Abu Hurairah begitu tersentuh, maka dilepaskannya pencuri itu. "Baik, tapi jangan kamu ulangi perbuatanmu ini." Keesokan harinya, beliau melaporkankejadian itu kepada Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w tersenyum sambil berkata, "Lihat saja, malam nanti pasti dia kembali lagi."

Memang benar, pada malamnya pencuri itu datang lagi. "Sekarang kamu tidak akan kulepaskan lagi." Sekali lagi, lelaki itu merayu. Bagaimanapun, ketika perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah, baginda menyatakan hal yang sama. "Lihat saja, orang itu akan kembali malam nanti."

Ternyata pencuri itu benar-benar datang semula. "Apapun yang kamu katakan, jangan harap kamu dapat bebas. Sudah dua kali kulepaskan kamu, kamu tidak serik-serik juga."

Pencuri itu terus berkata, "Abu Hurairah, sebelum kamu tidur, bacalah ayat kursi agar syaitan tidak menggangu kamu."

Seperti terasa menerima pelajaran baru dan berharga, Abu Hurairah berasa terharu. “Ah, ternyata lelaki ini daripada golonganyang baik-baik,” fikirnya.

"Apa yang dikatakan orang itu memang benar," kata Rasulullah ketika Abu Hurairah melaoprkan kejdian itu pada keesokan harinya. "Tapi orang itu bukan orang baik-baik. Dia adalah syaitan. Dia berkata begitu supaya kamu melepaskannya.”

MENGIKAT BATU DI PERUT

Abu Hurairah adalah salah seorang tokoh kaum fakir. Beliau sering berada dalam keadaan kelaparan. Beliau terkenal sebagai tokoh yang teguh berpegang pada sunah Nabi s.a.w. Beliau sering menasihati orang agar jangan hanyut dalam kehidupan duniawi dan dorongan hawa nafsu. Beliau tidak membezakan antara golongan kaya dengan golongan miskin, pembesar negeri atau rakyat jelata dalam menyampaikan kebenaran. Beliau selalu bersyukur kepada Allah sama ada di dalam keadaan susah mahupun senang.

Nama lengkapnya Abdul Rahman (versi lain: Abdul Syams) ibn Shakhr Ad-Dausi ini juga terkenal sebagai seorang yang periang dan suka berlawak. Beliau banyak menulis anekdot. Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang suka menghibur anak-anak kecil. Beliau menyayangi anak-anak kucing. Ke mana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan membawa haiwan ini sehingga julukan Abu Hurairah (bapa kucing kecil) pun melekat padanya.

Usianya lebih muda 30 tahun daripada Rasulullah s.a.w. Beliau lahir di Daus, sebuah perkampungan miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah-tengah kabilah Azad, beliau menjadi yatim sejak kecil - yang membantu ibunya menjadi penggembala kambing.

Beliau memeluk Islam tidak lama setelah berhijrah ke Madinah pada tahun ketujuh Hijrah, bersamaan dengan rancangan keberangkatan Nabi s.a.w ke medan Perang Khaibar. Bagaimanapun, ibunya enggan memeluk Islam. Malah ibunya pernah menghina Nabi s.a.w. Hal ini membuatkan Abu Hurairah berasa sedih. Oleh sebab itu, beliau memohon kepada Rasulullah agar berdoa moga-moga pintu hati ibunya terbuka untuk memeluk Islam. Tidka berapa lama Abu Hurairah kembali menemui ibunya, memujuk ibunya memeluk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadah.

BURUH KASAR

Abu Hurairah berhijrah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana dia melakukan pelbagai pekerjaan - menjadi buruh kasar bagi sesiapa yang memerlukan tenaganya. Seringkali beliau terpaksa mengikatkan batu ke perutnya bagi menahan kelaparan yang bukan kepalang.

Menurut riwayat, beliau pernah berbaring berhampiran mimbar masjid. Gara-gara perbuatan aneh itu, orang menganggapnya tidak siuman. Mendengar ´cakap-cakap´ di kalangan sahabat ini, Nabi s.a.w segera menemui Abu Hurairah. Abu Hurairah mengatakan bahawa beliau tidak gila, hanya menahan lapar. Nabi s.a.w pun segera memberinya makanan.

Pernah juga beliau mengikatkan batu ke perutnya dan dia duduk di tepi jalan, tempat orang ramai lalu lalang. Kemudian beliau melihat Abu Bakar al-Siddiq melintas di hadapannya. Lalu neliau meminta Abu Bakar membaca sepotong ayat l-Quran. "Aku memintanya berbuat begitu supaya dia mempelawaku mengikutnya, memberiku pekerjaan," kata Abu Hurairah. Bagaimanapun, Abu Bakar cuma membacakan ayat, kemudian berlalu.

Kemudian beliau melihat Umar al-Khattab. "Tolong ajar aku ayat al-Quran," kata Abu Hurairah. Beliau terus menahan kekecewaan kerana Umar berbuat hal yang sama. Tidak lama kemudian lama kemudian Nabi s.a.w melintas di hadapannya. Rasulullah tersenyum. "Baginda tahu apa isi hatiku. Baginda dapat membaca raut wajahku dengan tepat,” kata Abu Hurairah.

"Ya Abu Hurairah!" sapa Rasulullah.

"Labbaik, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"

Baginda mengajak Abu Hurairah ke rumahnya. Abu Hurairah mendapati beberapa bekas yang berisi debngan susu.

"Tolong panggilkan ahli suffah," kata Nabi s.a.w. Susu tersebuti lalu dibahagi-bahagikan kepada ahli suffah, termasuk Abu Hurairah. Sejak itulah, Abu Hurairah mengabdi kepada Rasulullah, bergabung dengan ahli suffah di wakaf masjid.

Sebaik pulang dari Perang Khaibar, Nabi Muhammad s.a.w mengetuai kerja-kerja pembesaran Masjid Nabawi, iaitu ke arah barat dengan menambah tiga ruang lagi. Abu Hurairah turut terlibat pula dalam kerja-kerja tersebut Ketika dilihatnya Nabi s.a.w turut mengangkat batu, Abu Hurairah meminta agar baginda menyerahkan batu itu kepadanya. Nabi s.a.w menolak sambil bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."

Abu Hurairah amat menyayangi Rasulullah sehingga pada suatu tahap beliau bersedia untuk ´dipukul´ oleh Nabi s.a.w ´kegelojohannya´ mendapatkan makanan yang lazat. "Kerana Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.

Begitu cintanya beliau kepada Rasulullah sehingga sesiapa pun yang disayangi oleh Nabi s.a.w, beliau turut menyayanginya. Misalnya, ia suka mencium Hasan dan Hussain kerana beliau selalu melihat Rasulullah mencium kedua-dua cucu baginda itu.

Terdapat sebuah cerita menarik berhubung kehidupan Abu Hurairah dan masyarakat Islam zaman itu. Meskipun Abu Hurairah seorang fakir, salah seorang majikannya yang kaya menikahkan puterinya, Bisrah binti Gazwan, dengan Abu Hurairah. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah persepsi manusia daripada membezakan kelas kepada persamaan. Abu Hurairah dipandang mulia kerana kealiman dan kesalihannya. Perilaku Islami telah memuliakannya, lebih daripada kemuliaan pada masa Jahiliah yang memandang status kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Sejak menikahi puteri majikannya itu, Abu Hurairah membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: pertama, untuk membaca al-Quran.Kedua, untuk tidur dan bersama keluarga. Dan ketiga, untuk mengulangkaji hadis-hadis yang diriwayatkannya. Meskipun kemudianya beliau dan keluarganya menjadi orang berada namun beliau tetap memilih hidup secara sederhana. Beliau suka bersedekah, menjamu para tamu, bahkan mewakafkan rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.

MENOLAK JAWATAN

Ketika Umar Al-Khattab menjadi Khalifah, Abu Hurairah diangkat menjadi Gabenor Bahrain. Bagaimanapun, pada 23 Hijrah,i Umar memecatnya gara-gara gabenor menyimpan wang yang banyak (menurut satu versi, hinga 10,000 dinar). Di dalam proses penggantungan jawatan, Abu Hurairah mengemukakan bukti bahawa harta itu diperolehnya daripada hasil menternak kuda dan pemberian orang. Khalifah menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu beliau diminta menjawat jawatan gabenor semula, namun beliau menolak.

Penolakan itu dilakukannya berdasarkan lima alasan. "Aku takut berkata-kata tanpa ilmu pengetahuan; aku takut memutuskan perkara yang bertentangan dengan hukum (agama); aku tiodak mahu difitnah; aku tidakmahu harta benda hasil jerih payahku dirampas; dan aku takut nama baikku tercemar," karanya. Beliau memilih tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudah Umar.

Tatkala kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-Fitnatul Kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan Ansar mengawal rumah tersebut dengan rasa tata setia yang tidak berbelah bahagi terhadap khalifah.

Pada era pemerintahan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib, Abu Hurairah ditawar menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, beliau menolak. Ketika terjadi persengketaan antara Saidina Ali dengan seterunya, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abu Hurairah mengambil keputusan untuk bersikap neutral. Hinggalah era Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, terdapat versi lain mengatakan, Marwan bin Hakam merupakan orang yang memujuk Abu Hurairah bertugas sebagai pembantunya di pejabat gabenor Madinah. Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) inilah Abu Hurairah nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun. Beliau meninggalkan warisan yang amat berharga, iaitu sejumlah 5374 hadis Nabi Muhammad s.a.w, bak butiran mutiara yang memancarkan kilauan cemerlang sehingga ke hari ini.

Don't cry

"~~uSah mEnAngis SeTiaP kesuSaHan, uSah BangGa DenGan KeJaYaAn , UsaH meRunGut sEtiAp KejaDian, UsaH mAlu PaDa KekUranGan... KeraNa SeMuAnya AdaLah uJiAn UntUk MengUji sEkUat ManA KEIMANAN~~"

Cerita semalam

Dengan nama Allah yg aku cintai
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya

Ya Allah,hati ini sangat takut & mahu menangis semalam tp sy gelak & senyum ketika sedang menghadapi saat2 tersebut...lucu pun ada,insyaAllah akan menjadi kenangan manisku terhadap pondok hatiku (rumah sy)

Seperti semester lepas sy kena pulang ke hostel seminggu lebih awal dr teman2 yg lain kerana sy commitee member utk orientation weeks,terpaksa berkorban masa cutiku yg amat menyeronokkan demi sebuah tanggungjawab..huhu sebuah pengorbanan tau tp kecil jela.

Sebelum bertolak sy & kakakku syg pergi ke kedai kain utk ambil uniform baruku tp slps smpai dirumah...YA ALLAH,satu masalah besar menimpa driku & kakak...besar jglah,habis bdn sakit2...lutut bengkak,tgn luka2,back pain...meow tomei2ku hanya mjadi pemerhati,ish tau tgk je tomie ni bukan nk tolong...hehe,rindu kt meow tomei2..slps bertungkus lumus akhirnya masalah tu dpt diselesaikan dgn jayanya berkat pertolongan dari Allah yg amatku cintai!..ya Allah aku bersyukur padamu,he2 nasib xterlekat tu maknanya sy masih kurus tu pun kebetulan sy puasa kalau x mungkin xberjaya & jg sebagai petanda kena dimaintainkan..gemuk byk keburukan dr kebaikan...maaf la kalau pembaca xfaham..mmg sengaja xbg faham pun sbb malu nk brth cuma sekadar luahan hati kecilku ini shj & sempena memperingati hari semalamku yg bersejarah...mmg mencatat sejarah bg pondok hatiku,sbb xpernah dibuat org lg...suruh kakakku yg lg kurus buat tp dia gayat so terpaksa la budak pendek ni yg buat (157cm last ukur)..he2

Kemudian dgn badan2 yg sakit & berpeluh2nya sy ambil nafas kejap & sy teruskan tujuan utk pulang ke hostel...fuh,byk tul barang anak kamaruzaman ni,1beg baju yg besar,1beg kain selimut kesayangan campur dgn bantal kecik,2kotak besar berisi buku yg xboleh ditinggalkan,1baldi dgn peralatan mandi dgn sabun pencuci baju termasuk sekali soflan dgn clorox dgn nila,laptop usang yg byk berbakti & lastly kain sembahyang dgn al-quran serta kitab agama yg paling penting utk dibawa.

Alhamdulillah sy kembali menjejakkan kedua kakiku ke atas tanah asrama,pergi ambil kunci bilik baru...masyaAllah,sy dpt bilik tingkat 4!!!...redha dgn ketentuanNYA,sekali lg dgn kekuatan yg masih ada wlpn sudah sikit...lakukan kerja mengangkat brg pula dgn begitu tabah...Allah sentiasa ada menemaniku duhai fatini,sampai la semua brg selesai diangkat...Alhamdulillah sy berjaya!...badanku xpayah cerita mmg....sedap betul dpt mandi,rasa begitu segar & nyaman

Selepas solat asar byk kerja nk buat..rehat kejap kalau x pengsan nanti..perut mmg dah kempis abis,jd slim skit..he2..dengar lagu nasyid utk menenangkan hati kejap sambil baring..tiba2 my roomate call,dia dh nk sampai hostel..apa lagi,cpt2 bangun,sbb lantai xmop lg..beg2 mmg xkemas lg...technique2 mengemas :
1) letakkan beg2 diatas meja2 & katil
2) sapu sampah
3) mop lantai
4) pakaikan cadar katil & bantal
5) semua bj dikumpulkan ke atas katil
6) buku2 semua diletakkan di atas meja
7) ambil kain yg lembab cuci almari,laci2 yg ada sehingga yakin bersih
8) lipat semua kain & simpan cantik2 dlm almari
9) buku2 diletakkan ke atas katil & bersihkan meja & rak buku
10) buku2 disusun cantik2 kt rak buku

So semua dh settle...semasa proses mop lantai sy di call oleh my roomate yg bernama cik hidayah krn ada emergency case,..kena tolong beliau tuk mgangkat beg besarnya yg penuh berisi buku..masyaAllah berat sungguh,lutut dh goyang dh masa nk angkat ke tingkat 4 tu.

Berbuka puasa,mandi & solat magrib..sambung kemas lg..solat isyak,kemudian pergi perjumpaan utk program orientasi..sy ditugaskan utk jadi ldk memerangkap penolong fasilitatior,ok la sama seperti sem yg lepas...sampai bilik,sy & hidayah menjemput 2kwn yg masih xmgemas bilik krn baru sampai utk tumpang tidur dibilik kami.

Dua katil yg mmg dirapatkan mmg muat2 je utk 4org...ada 'hamba Allah' tu pesan kpd driku utk tidur awal..so sy baring utk tidur,mereka bertiga berborak mcm2,kuat betul..mata mmg dh pejam tp xboleh tidur so bangun jela & join sekaki berborak wlpn badan letih,sakit tp mata still fresh..sampai nk dekat pukul3 kami berborak..he2 biasalahkn kalau berborak mmg mengasyikkan...akhirnya sy pun terlelap,ntah bc doa ke x tu..Zzzz ~

Siti Khadijah binti Khuwalid

Wahai muslimah jadilah seperti beliau..

Nama indah yang diberi ialah Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Seorang bangsawan yang sangat masyhur di Mekadan dan sangat kaya raya. Siti Khadijah berasal dari keturunan Asadiyah. Salah satu keturunan dalam Quraisy.DImana keturunan yang ramai orang hormati dan segani.

Siti Khadijah didik atau ditarbiyah dengan sempurna oleh ibu dan ayahnya.Apa yang ibu dan ayahnya ajarkan, tiada menolak atau ingkar tetapi menurutnya dengan taat dan setia.Walaupun Siti Khadijah ini merupakan seorang wanita yang kaya, dia tetap berperilaku seperti manusia biasa. Zuhud dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Beliau tidak sesekali riak dengan apa yang beliau miliki. Subhanallah. Apabila orang melihat perwatakannya yang tidak riak, sombong dan sebagainya, ramai menggelarnya sebagai Al Tahirah. Wanita Suci.

Di zaman alam pernikahannya, beliau pernah mengahwini dengan dua orang lelaki sebelum mengahwini Rasulullah saw. Kedua-dua lelaki tersebut telah pun meninggal dunia sebelum bertemu kasih dengan Rasulullah saw. Alhamdulillah, dengan usianya yang lanjut iaitu sekitar 40 tahun, dengan izin Allah swt, beliau bernikah dengan Rasulullah saw dan ketika itu Rasulullah saw berumur hanya 25 tahun. Siapa sangka Siti Khadijah yang telah berusia lanjut menjadi pilihan hati Rasulullah saw. Tetapi bukan usia atau simpati Rasulullah saw memilih Siti Khadijah sebagai permaisuri hatinya tetapi disebabkan akhlak dan perwatakannya sebagai wanita solehah.

Dengan kehadiran Siti Khadijah disisi Rasululah saw, keluarga mereka tiada pergaduhan, berkelahi dan sebagainya,Siti Khadijah amat bijak sekali di dalam menguruskan segala hal di dalam keluarga mereka. Umpama angin dingan ditepi pantai. Sejuk, aman dan damai. Kerana keistimewaannya yang tersendiri, beliau digelar sebaai 'Ummul Mukminin'.

Beliau sangat pandai dalam berniaga. Sebelum bertemu kasih dengan Rasulullah saw, beliau telah berjaya membuat perniagaannya sehingga terkenal dan masyhur. Pada suatu hari, kerana beliau percayakan sikap dan tanggungjawab Rasulullah saw, tanpa berfikir panjang, beliau menyerahkan perniagaannya kepada Rasulullah saw untuk menguruskannya. Rasulullah saw tersangatlah..tersangatlah berbudi orangnya, lemah lembut, santun katanya..Subhanallah..Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana ciri-ciri Rasulullah saw ini, telah membuatkan hati Siti Khadijah semakin lama semakin rindu dan akhirnya jatuh cinta serta tanpa segan silu beliau meluahkan apa yang terpendam di hatinya untuk menyatakan hasratnya bahawa beliau ingin menikahi Rasulullah saw. Allahu Robbi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Siti Khadijah bersama Rasulullah saw hanya selama 24 tahun dan meninggalkan 6 orang anak. Beliaulah satu-satunya isteri Rasulullah ketika itu.

Tidak semuanya sukacita di dalam kehidupan Siti Khadijah r.a Semasa mengikuti Rasulullah saw semasa berdakwah, beliau juga mempunyai hati ibu yang kasihkan anak dan sedih apabila kehilangan dua orang anaknya, Kasim dan Abdullah.Kerana sebak di dada dan memori bersama-sama dengan mereka berdua, tidak tahan hatinya menahan rindu. Sehinggakan beliau dan Rasulullah menangis kerana rindukan mereka berdua. Hanya melalui airmata . Setiap airmata yang mengalir, mempunyai pelbagai cerita dari hati yang sebak dan kasih sayang dari seorang ibu dan juga dari seorang ayah.

Rasulullah saw sentiasa bertafakur di Gua Hira'. Dan setiap kali beliau hendak ke sana,Rasulullah akan membawa bekalan yang disiapkan oleh isteri tercintanya iaitu,Siti Khadijah r.a. Sekiranya bekalannya habis, beliau akan tawaf di mekah dahulu kemudian baru berjumpa dengan isteri solehah nya.

Isterinya tidak pernah merasai apa-apa atau syak apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Beliau sentiasa memahami suami solehnya itu. Cukuplah bagi dirinya apabila melihat ketenangan melalui Rasulullah saw apabila dirinya berusaha agar Rasulullah saw sentiasa mendapat munajat dan ketenangan dari Ilahi.Setiap kali Rasulullah saw pulang ke pangkuannya, Siti Khadijah akan menyambut kepulangan Rasulullah dengan penuh kemesraan, kasih sayang dan dengan hormat. Beliau tidak pernah menunjukkan wajahnya yang letih, masam atau seumpamanya. Beliau sentiasa gembira dan ceria bersama kekasihnya itu.

Disebabkan sikapnya dan layanannya itulah, membuatkan Rasulullah saw merinduinya dan sedih apabila beliau meninggal dunia sekitar pada umur 64 tahun. Rasulullah saw sebak dan menangis kerana bukan sahaja beliau menganggap Siti Khadijah sebagai isteri yang solehah, tetapi beliau telah menggangap isterinya sebagai teman yang setia, kawan bersamanya apabila berdukacita, pembantu susah dan senang, pembela dijalan dakwahnya serta lain-lain lagi.

*Inilah dia Siti Khadijah yang masyhur. Semoga semua muslimah mengambil iktibar dan contohilah akhlaknya. Insya Allah. Sentiasalah husnul zhonn di dalam sesuatu perkara.

Monday, December 28, 2009

La Tahzan

La Tahzan = Jgn bersedih
Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni

~Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

~Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

~Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

*Jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

*buku agama & motivasi

Sunday, December 27, 2009

Tulang Rusukku...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

*Jangan bertindak TERGESA-GESA tanpa berfikir

Nota kpd diri,71 nasihat agama & akhlaq

*buku agama

Pintu-pintu

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

Muslimah penuh pesona

At ur side

~~ Allah didnt promise that life would be easy,but he did primise to be with u every step of life with him by ur side...so whatever u do put ur trust in Allah ~~

Solat istikharahku

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini,
kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!
Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!
Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang
aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku
juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!
Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....!
Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka
kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!
Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku
keluarkan di telinga kanan!!!
Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami
sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!
Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!
Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar
menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!
"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari...
perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!
Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang
perlu hentikannya!
Lalu aku istikharah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia
Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu
indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki
memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak
itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!
Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar
foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi
dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku
bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!
Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan
kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"
Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...
kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap
sehingga ke hari ini...
Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin
ini... Moga ia kekal selamanya...
Adab tidur... makan ... dan segalanya masih
kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya
dengan sehelai sejadah...
Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku
agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...
Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya,
bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!
Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....
Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!
Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya
tercipta untukku... menjadi milikku...
Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk
agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat...
Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"
Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh...
masih utuh...
Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik

*Moga dpt jdkn pedoman dn pengajaran betapa pntgnya istakharah..

Ketika Cinta Bertasbih

Sinopsis Ketika Cinta Bertasbih
Copy from blog - http://asepnurdin.blogspot.com/2008/07/sinopsis-ketika-cinta -bertasbih.html

Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.

Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.

Seringnya Azzam mendapatkan job di KBRI Cairo mempertemukan ia dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam. Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa karena kecantikannya. Ia bahkan pernah diminta main di salah satu film produksi Hollywood, juga untuk Film layar lebar dan Sinetron di Jakarta. Segudang prestasi dan juga kecantikan Eliana membuat Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam urung menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, karena selain sifat dan kehidupannya yang sedikit bertolak belakang dengan Azzam, juga karena nasihat dari Pak Ali, supir KBRI yang sangat dekat dengan keluarga Eliana.

Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih cocok untuk Azzam. Azzam disarankan untuk buru-buru mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana. Dia bernama Anna Althafunnisa, S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar – Cairo, yang juga menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan sholehah, bapaknya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.

Ada keinginan Khaerul Azzam untuk menghkhitbah Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna. Karena tidak punya biaya untuk pulang ke Indonesia, Pak Ali menyarankan supaya melamar lewat pamannya yang ada di Cairo, yaitu Ustadz Mujab, dimana Azzam sudah sangat mengenal ustadz itu. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustadz Mujab untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenal karena jualan tempe dan baso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seorang pria yang alih-alih adalah Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dimana dalam waktu dekat akan menyelesaikan S-2 nya. Azzam bisa menerima alasan itu, meskipun hatinya cukup perih.

Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.

Sementara itu Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim uang ke kampung dan lebih berkonsentrasi menyelesaikan kuliahnya. Karena selain Husna telah lulus kuliah di UNS, ia juga sudah bekerja sebagai Psikolog. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Penghasilan Husna cukup dapat membiayai kebutuhan adiknya yang mengambil program D-3, serta adik bontotnya yang bernama Sarah yang masih mondok di Pesantren.

Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya berhasil lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampong dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Walaupun sebenarnya masih terbersit sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.

Apakah mungkin Azzam akan berjodoh dengan Anna? Ataukah Eliana yang sebenarnya juga masih penasaran dengan Azzam? Ataukah Azzam berhasil menemukan tambatan hatinya di Indonesia?..

*novel cinta berunsurkan agama

Bagaimana Bercinta Cara Islam

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu “Jodoh”.

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Lagu Pilihan Admin_Usah Putus Asa oleh Mirwana&Akbar

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
“Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku “Tentang Cinta”

www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli
waallahu'alam

mari bertazkirah!

Tho Ha. Maa anzalna ‘alaikal quraana litashqaa. Illa tazkiratan..

Tazkirah = Nasihat

Saturday, December 26, 2009

Geng berlima

Hari ni dan spanjang cuti ada rasa rindu pada geng berlima
ye dok??..hehe..walaupun kerenah mcm2 ada
tp rasa sayang ttp ada,sbb before cuti sem3 kami byk luangkan masa together2

kawan,sahabat,teman mmg ramai & bertukar-tukar ganti
bila kt rumah,sahabat sy mungkin kakak sy & angah(jiran sy)
bila sekolah rendah lain,kt sekolah bentong lain,sekolah teknik lain,kolej kpj lain,sekarang kskb sy dgn 'geng berlima'

Mereka yg digelar sahabat & kasih sayang mereka adalah anugerah Allah,bersyukur dgn kurniaan Allah ini..di tika jauh dari keluarga merekalah yg menceriakan hari2 ku,tp berselisihan faham tetap ada...lumrah kehidupan,sentiasa give & take,jgn risau takkan simpan dlm hati.Allah SWT berfirman dalam bentuk arahan:

“Sesunggunya orang yang beriman itu bersaudara, maka satukanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.

Antara msg2 yg sy dpt :
"really miss u all wanna hug tightly by dayah"..."rindu".."miss u"
"pesanan masyarakat dr ekin..."
"when a msg send from distance..u cannot see my face..cannot see the smiles..but hope u can sense the CARE that truly come from my heart..by hani"
"prof klon bg pengumuman supaya setiap ptg akan sentiasa jogging,tubuh cergas & otak cerdas..bla..bla..by dayah& ekin"
azie x anta msg..hehe,xpe nanti biar sy yg hantar msg

KEPADA SEMUA SAHABATKU

'Kebahagiaan seorang sahabat ialah apabila melihat senyuman dari sahabatnya,senyumlah wahai sahabatku'

Kawan2 lain pn ada jg hantar msg,jgn risau wlpn dh lama xmsg korang semua ttp insyaAllah sy ingat..terima kasih kerana mengingati diriku ini

“Rakan bukanlah dalam hati kerana hati hanyalah untuk ALLAH ,
tapi rakan adalah mereka yang berdiri di sisi untuk membantu kita
bangun , membimbing dan menyedarkan diri kita kepada ALLAH…”

‘a friend in need is a friend indeed’

Sy akan cuba menjadi sahabat yg terbaik utk kamu wahai sahabatku.Sahabat sejati yang sentiasa ada untuk kita masa susah & senang amat susah dicari tp tetap juga kena menghargai sahabat2 disekeliling kita walaupun sekadar persinggahan dlm mencari sebuah persahabatan yg sejati

*Semoga Allah meredhai persahabatan yg terjalin ini,salam sayang kerana Allah*

Dah solat belum?

Balasan bagi Orang Yang Meninggalkan Solat

Sabda Rasullullah saw :

"Sesiapa yang mengambil mudah akan Solat, maka Allah Ta'ala akan menghukumnya dgn 15 hukuman.
6 daripadanya didunia
3 daripadanya ketika hendak meninggal dunia
3 daripdanya ketika dalam kubur
3 daripdanya lagi ketika dibangkit dari kubur nanti

ENAM KETIKA DIDUNIA
1. Allah Ta'ala akan menarik keberkatan dari umurnya
2. Dihilangkan tanda-tanda soleh daripada wajahnya
3. Segala amal kebajikan tidak akan diterima oleh Allah sama skali
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit
5. Allah Ta'ala tidak akan mensucikannya
6. Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh

TIGA KETIKA MATI
1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan terlalu lapar
3. Mati dalam keadaan terlalu haus

TIGA KETIKA DIDALAM KUBUR
1. Allah Ta'ala akan menyempitkan kuburnya sehingga patah tulang temulangnya
2. Allah akan menyalakan bara api dan memanggangnya diatas bara itu
3. Allah Ta'ala akan menugaskan Dua Malaikat yang ganas. Malaikat ni akan memukul orang yang melalaikan Solat Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar dan begitulah dari satu waktu ke waktu. Setiap pukulan akan membenamkannya ke dalam bumi sedalam 70 hasta. Mereka akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengoreknya keluar. Malaikat ni tidak akan berhenti memukul sampai hari kiamat

TIGA KETIKA HARI PEMBALASAN
1. Allah Ta'ala akan menugaskan dua Malaikat untuk menarik keatas mukanya ke satu tempat
2. Allah Ta'ala akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan dimana pandangan itu boleh menyebabkan gugurnya daging-daging muka mereka. Juga akan dihisab dgn teliti dan lama
3. Mereka akan di tolak dihadapan Tuhan ke Neraka

Physiotherapist

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Firstly,for information "aku sebesar impianku" mostly will be in english..u know why,of course due to my course physiotherapy is learning in english (tp yg menulis ni xberapa expert in english,english selalu dpt B je..but i will try my best to improve my english)...if too susah akan dirojakkan with bahasa melayu,bolehkan.. http://emo.huhiho.com english broken xkesah asalkan sy faham

Still in learning process to be a physiotherapist, not qualified yet..hopefully insyaAllah 2011http://emo.huhiho.com

Physiotherapy is a clinical health science and profession that aims to rehabilitate and improve people with movement disorders by
- using evidence-based,
- natural methods such as exercise,
- motivation,
- adapted equipment,
- education.

The physiotherapist works in health care systems in both hospitals and the community. Physiotherapist are experts in the examination and treatment of musculoskeletal, neuromuscular and cardiothoracic problems that affect peoples’ abilities to move the way they want and function as well as they want in their daily lives

Physiotherapy in MALAYSIA ?????
Started it first physiotherapy services in 1950.
Located at the major Hospital, e.g. Taiping, Pulau Pinang, Sg Buluh.
Most of the physiotherapist were foreigeiners

MALAYSIA PHYSIOTHERAPY ASSOCIATION

Vision
The physiotherapy profession is committed to provide excellent rehabilitative service that is easily accessible to all in the community.The profession strived to continuously improves and acquires the latest knowledge,skills and technologies to ensure its patient's best recovery and enjoy enchanced quality of life.
Mission

Aims
1)To represent physiotherapist of this country.
2)To guide and promote the development of the profession by advocating high standards of practice.
3)To promote ethical practice and accountable professional service
4)To protect the professional names of Physical Therapy or Physiotherapy and the titles Physical Therapist or Physiotherapist as such or in any translation, are the sole preserve of members who hold qualifications approved by the Association  that are members of the World Confederation for Physical Therapy (WCPT).
5)To maintain an up-to-date register of persons qualified to practice and teach physiotherapy
6)To efficiently and effectively manage the Association's funds
7)To organize conferences, public meetings and lectures to enhance professional development.
8)To circulate publications such as the Executive Committee deems necessary or desirable pertaining to the development of the profession.
9)To contribute and support fund raising projects, following the guidelines approved by the Association to promote the development of physiotherapy.
10)To conduct health promotion programmes pertaining to the current needs of the community.

Musculoskeletal (Orthopaedic) physiotherapists
- are able to diagnose, treat and using the range of techniques outlined below help with prevention of pain/pathology.
-Various therapeutic physical therapy modalities are available, including
1. Exercise prescription
2. Manual therapy techniques
3. Various forms of so-called “electrophysical agents”.Despite ongoing research giving a clearer picture regarding the use of various modalities in specific conditions, the benefits of electrotherapy are widely debated.

Cardiopulmonary physical therapy
-They treat acute problems like
1.asthma, acute chest infections and
2.trauma
3.involved in the preparation and recovery of patients from major surgery
4.also treat a wide range of chronic cardiac and respiratory conditions like Chronic Obstructive Pulmonary Disease and post-myocardial infarction
-Work with all ages from premature babies to older adults at the end of their life.
-Physical therapists are pioneering new management techniques for non-organic respiratory problems like hyperventilation and other stress-related disorders as well as leading the development of cardio-pulmonary rehabilitation and non-invasive ventilation.

Neurological physical therapy
-Treatment in neurological conditions is typically based upon exercises to restore motor function through attempting to overcome motor deficits and improve motor patterns

Integumentary physical therapy
-Treatment of conditions involving the skin and related organs. Common conditions include wounds and burns. Treatment interventions include debridement of wounds and burns, dressings, scar prevention and reduction

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

10 Manusia..

Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda :

Yang bermaksud : "Ada 10 macam dari ummatku yg tidak akan masuk syurga kecuali yg sudah bertaubat:~
1. Al-Qallak bermaksud "orang yg datang kehadapan para pemimpin dgn membawa kebatilan dn kebohongan".

2. Al-Jayyuf bermaksud "orang yg membongkar kuburan (untuk mencuri kain kafan)".

3. Al-Qattat bermaksud "tukang fitnah".

4. Ad-Dabbub bermaksud "orang yg mengumpulkan para pemudi di rumahnya untuk melakukan kejahatan".

5. Ad. Dayyuth bermaksud "orang yg tidak merasa cemburu kepada isterinya".

6. Sohibul Artobah bermaksud "orang yg memukul gendang".

7. Sohibul Kubah bermaksud "orang yg bermain kecapi".

8. Al-Utullu bermaksud "orang yg tidak mahu memaafkan kesalahan dan menerima permohonan maaf (daripada orang lain, kerana kesombongannya)".

9. Az-Zanim bermaksud "anak yg dilahirkan daripada penzinaan, lalu duduk di tengah jalan, menceritakan keburukan orang lain. Sedangkan orang yg derhaka kepada orang tuanya (maka maknanya) sudah masyhur".

10. Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya.

Dzikrullah membasmi kebodohan

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Pembalasan

Islam tidak pernah menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita, yang pentingnya tidak berlawanan dengan syarat-syarat dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Kata Ali Karamallahu wajhah, “Saya dan Fatimah menghadap Rasulullah s.a.w dan kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya, "Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis?” Maka jawab Rasulullah s.a.w “Pada malam aku diisrakkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan sedang dalam keadaan yang amat dasyat, dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka”, tanya Ali “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”,
Rasulullah menjawab
~ Aku melihat ada perempuan yang digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
~ Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya, tangan diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
~ Aku melihat perempuan yang digantung kepada kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
~ Aku melihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
~ Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
~ Aku melihat perempuan yang mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
~ Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya.
~ Aku melihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk kemaluannya dan mulutnya dan punggungnya,malaikat memukulnya dengan corong api neraka.

“Apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan tersebut ayahanda?”

~ Perempuan yang tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambutnya dari bukan muhrimnya.
~ Perempuan yang tergantung lidahnya itu adalah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
~ Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu adalah keluar rumah tanpa izin suaminya.
~ Perempuan yang tidak mahu mandi hadas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana berhias untuk yang bukan suaminya dan suka mengumpat.
~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
~ Perempuan yang diikat kedua kakinya dan tangan ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakan solat dan mandi junub.

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Seharum bunga

Musim Panas

Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.

Musim Luruh

Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.

Musim Salju

Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.

Musim bunga

Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.

Iman dan musim – musimnya

Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!

Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

Musim-musim Iman
www.iLuvislam.com
oleh : penawar88

Ayuh bangun

Amat benar sekali, selalunya tido lmbt utk stdy selalu dibuat..terasakan http://emo.huhiho.com...insyaAllah manusia boleh berubah,masih cuba untuk berubah...jgn putus asa!!!http://emo.huhiho.com