Pembunuhan kejam terhadap Dr. Marwa El-Sherbini di dalam mahkamah Jerman pada 1 Julai 2009.
Gempar baru-baru ini berlaku satu pembunuhan kejam di dalam sebuah mahkamah di Dresden, Jerman. Pembunuhan kejam itu melibatkan seorang wanita Mesir yang beragama ISLAM, iaitu Dr. Marwa El-Sherbini, 32 tahun. Kejadian kejam ini bermula ketika Dr. Marwa pergi beriadah di sebuah taman di Dresden, Jerman. Beliau mengikuti suaminya, seorang ahli akademik Mesir, ke Jerman atas tugas tertentu. Ketika sedang beriadah, datang seorang jirannya, Alex W., 28 tahun yang tiba-tiba memanggilnya 'teroris' berulang kali dan mahu menanggalkan tudung milik Dr. Marwa. Dr. Marwa menfailkan kes terhadap jirannya itu ke mahkamah Jerman. Jirannya itu dikenakan denda sebanyak 780 Euro atas kesalahannya menghina tanpa sebab yang kukuh.
Setelah perbicaraan dibuat, Dr. Marwa telah menang dalam perbicaraan. Namun, pihak yang bersalah tidak berpuas hati dan minta dibuat semula perbicaraan. Pada ketika itulah, pembunuhan kejam itu berlaku pada tanggal 1 JULAI 2009 di dalam ruang perbicaraan mahkamah tersebut. Dr. Marwa diserang oleh Alex W. yang membawa sebilah pisau dan menikam Dr. Marwa sebelum Dr. Marwa menyatakan keterangannya. Dr. Marwa yang hamil 4 bulan itu ditikam sebanyak 18 kali di hadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun. Lebih malang lagi pihak mahkamah langsung tidak berbuat apa-apa tatkala pembunuhan kejam itu dilakukan. Suami Dr. Marwa cuba membantu namun dia ditembak oleh polis kerana dianggap sebagai penyerang. Dr. Marwa meninggal dunia dengan serta merta. Kini, suami Dr. Marwa ditempatkan di hospital kerana dalam keadaan kritikal. Namun pembunuh kejam itu langsung tidak cedera. Berakhirlah riwayat hidup seorang wanita muslim bertudung yang mati syahid kerana mempertahankan Islam. Berita ini tidak tersebar meluas kerana pada masa yang sama seluruh dunia sedang tertumpu kepada kematian Raja Pop, Michael Jackson. Subhanallah. Inilah yang berlaku apabila orang Islam berada di bawah naungan undang-undang orang kafir. Keadilan tidak diberikan terhadap mereka yang beagama Islam.
Walaupun begitu, orang Islam masih lagi mampu mempertahankan Islam walaupun dibunuh, namun berbeza keadaannya di Malaysia. Ada yang beragama Islam yang sanggup mempertahankan aktiviti agama lain. Agama Islam diendah begitu saja. Amalan bertudung di negara kita dianggap seperti memakai tisu, bila perlu dipakai, jika tidak ditanggal saja. Harap dengan kejadian hitam ini dapatlah sahabat muslimah semua termasuk saya sendiri mengambil iktibar dan pedoman untuk diri masing-masing. InsyaALLAH.
*semoga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
0 comments:
Post a Comment