Wednesday, December 16, 2009

Tangisan Rasulullah S.A.W



Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri
seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu
Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar
seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang
itu lalu berhenti di salah satu sudut
Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim!
Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang
berada di belakangnya mengikut
zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa
seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah,
lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu lalu
berkata: "Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja memperolok-
olokkanku, kerana aku ini adalah orang
Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti
engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau
beriman kepadanya?" "Saya percaya
dengan betul-betul atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum
pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w.
pun berkata kepadanya: "Wahai orang
Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di
dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya,
dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab
Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata kepadanya: "Wahal orang Arab!
janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya
dilakukan oleh hamba sahaya kepada
tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku
bukan untuk menjadi seorang yang
takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita
gembira bagi orang yang beriman, dan
membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang
Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah
bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun
yang besar!" Setelah menyampaikan
berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula
berkata: "Demi keagungan serta
kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan
membuat perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang
Arab badwi itu. "Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika
Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab
orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan
kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu,
maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata
orang Arab badwi itu, air mata beliau
meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda: Berhentilah engkau dari
menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari
bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga
la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya
dan la akan menjadi temanmu di syurga
nanti!" Betapa sukanya orang Arab
badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la lalu menangis kerana
tidak berdaya menahan keharuan
dirinya."
*diri ini pn turut menangis

0 comments:

Wednesday, December 16, 2009

Tangisan Rasulullah S.A.W



Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri
seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu
Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar
seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang
itu lalu berhenti di salah satu sudut
Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim!
Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang
berada di belakangnya mengikut
zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa
seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah,
lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu lalu
berkata: "Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja memperolok-
olokkanku, kerana aku ini adalah orang
Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti
engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau
beriman kepadanya?" "Saya percaya
dengan betul-betul atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum
pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w.
pun berkata kepadanya: "Wahai orang
Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di
dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya,
dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab
Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata kepadanya: "Wahal orang Arab!
janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya
dilakukan oleh hamba sahaya kepada
tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku
bukan untuk menjadi seorang yang
takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita
gembira bagi orang yang beriman, dan
membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang
Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah
bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun
yang besar!" Setelah menyampaikan
berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula
berkata: "Demi keagungan serta
kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan
membuat perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang
Arab badwi itu. "Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika
Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab
orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan
kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu,
maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata
orang Arab badwi itu, air mata beliau
meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda: Berhentilah engkau dari
menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari
bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga
la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya
dan la akan menjadi temanmu di syurga
nanti!" Betapa sukanya orang Arab
badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la lalu menangis kerana
tidak berdaya menahan keharuan
dirinya."
*diri ini pn turut menangis

No comments: