Islam tidak pernah menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita, yang pentingnya tidak berlawanan dengan syarat-syarat dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Kata Ali Karamallahu wajhah, “Saya dan Fatimah menghadap Rasulullah s.a.w dan kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya, "Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis?” Maka jawab Rasulullah s.a.w “Pada malam aku diisrakkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan sedang dalam keadaan yang amat dasyat, dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka”, tanya Ali “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”,
Rasulullah menjawab
~ Aku melihat ada perempuan yang digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
~ Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya, tangan diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
~ Aku melihat perempuan yang digantung kepada kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
~ Aku melihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
~ Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
~ Aku melihat perempuan yang mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
~ Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya.
~ Aku melihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk kemaluannya dan mulutnya dan punggungnya,malaikat memukulnya dengan corong api neraka.
“Apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan tersebut ayahanda?”
~ Perempuan yang tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambutnya dari bukan muhrimnya.
~ Perempuan yang tergantung lidahnya itu adalah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
~ Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu adalah keluar rumah tanpa izin suaminya.
~ Perempuan yang tidak mahu mandi hadas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana berhias untuk yang bukan suaminya dan suka mengumpat.
~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
~ Perempuan yang diikat kedua kakinya dan tangan ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakan solat dan mandi junub.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
0 comments:
Post a Comment