AL-FATIHAH mencerminkan intipati al-Quran yang seharusnya dibaca dengan penuh penghayatan, tafakur dan tadabur agar segala butiran dapat diambil dan diamalkan tanpa ragu. Namun, pernahkah kita terfikir untuk mengetahui maksud ayat-ayatnya? Mendalami setiap patah kalimah & memahami erti serta tafsiran di sebalik setiap ayat?
PETUNJUK JALAN LURUS merupakan ringkasan tafsir surah al-Fatihah yang dimulakan dengan sejarah penurunan ayat, nama lain bagi surah tersebut, pengertian setiap ayat dan kesannya di dalam kehidupan serta pentafsiran dari ayat pertama hingga akhir. Juga disertakan fadilat surah ini agar menjadi sebab utama bagi setiap orang agar beriman untuk membacanya saban hari.
Ya Allah,masyaAllah buku ini bagus skali!..Byk info yg menarik
ANTARANYA :
Penerangan mengenai ayat ke-2 surah Al-Fatihah yg bermaksud " Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan sekalian alam"
- padanya wujud unsur ta'abud(pengibadatan),ta'zim(mengagungkan) &tas'na(mensucikan) kpd ALLAH S.W.T serta mengiktirafkan ketuhanan &kekuasaanNYA..page55-56
- Allah telah menjadikan jari-jari itu tidak sama panjang& tidak sama bentuk sebagai satu kemudahan.Menurut pakar sains,bentuk jari manusia merupakan terbaik &paling efisien utk sebarang pergerakan &aplikasi berbanding bentuk2 jari yg lain
*akan bersambung
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
6 days ago
0 comments:
Post a Comment